Unit Pendaftaran Pesakit Kecemasan adalah bertempat di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM PPUKM dan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.

 

Objektif Kualiti Unit Pendaftaran Kecemasan adalah :

  • memastikan semua urusan maklumat dan pendaftaran pesakit dibuat dengan tepat dan terkemaskini.

 

Fungsi Unit Pendaftaran Kecemasan adalah :

  • Memastikan semua pendaftaran pesakit dan prosedur temujanji dikendalikan berdasarkan kepada proses dan prosedur klinik.
  • Memastikan semua urusan temu janji pesakit diuruskan dengan teratur dan tepat mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan.