Bahagian Khidmat Pelanggan

Bahagian Khidmat Pelanggan terbahagi kepada tujuh unit iaitu Unit Pendaftaran Pesakit Kecemasan, Unit Pendaftaran Pesakit Klinik-klinik Pakar, Unit Kaunter Pertanyaan, Unit Kerusi Roda, Unit Pengganti (On-call), Unit Telefonis dan Unit Pentadbiran.

Unit Pendaftaran Pesakit Klinik Pakar

  1. Objektif kualiti unit ini memastikan semua urusan maklumat dan pendaftaran pesakit dibuat dengan tepat dan terkemaskini.
  2. Fungsi Unit adalah untuk memastikan semua pendaftaran pesakit dan prosedur temujanji dikendalikan berdasarkan kepada proses dan prosedur klinik dan semua urusan temu janji pesakit diuruskan dengan teratur dan tepat mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan.
  3. Penempatan Kakitangan Jabatan Khidmat Pelanggan di Klinik-Klinik Pakar HCTM :-
    • Klinik O&G
    • Klinik Oftalmologi
    • Klinik Ortopedik
    • Klinik Otorinolaringologi
    • Klinik Perubatan 1
    • Klinik Perubatan 2
    • Klinik Pediatrik
    • Klinik Surgeri
    • Pusat Jagaan Harian Surgeri
    • Pusat Jagaan Harian Hematologi
    • PAC
    • Klinik Warga
    • Pusat Endoskopi

Unit Pendaftaran Pesakit Kecemasan

  • Unit Pendaftaran Pesakit Kecemasan bertempat di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM dan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.
  • Objektif Kualiti Unit Pendaftaran Kecemasan adalah memastikan semua urusan maklumat dan pendaftaran pesakit dibuat dengan tepat dan terkemaskini.
  • Fungsi Unit Pendaftaran Kecemasan adalah memastikan semua pendaftaran pesakit dan prosedur temujanji dikendalikan berdasarkan kepada proses dan prosedur klinik dan semua urusan temu janji pesakit diuruskan dengan teratur dan tepat mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan.

 Kaunter Pertanyaan

kaunter 3

Kaunter Pertanyaan berfungsi sebagai tempat rujukan pelanggan dan kakitangan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan rawatan di HCTM. Kakitangan bertugas di kaunter ini mengendalikan urusan pertanyaan pelanggan  dengan tepat, cepat dan mesra. Kaunter ini terletak di laluan ke Klinik-Klinik Pakar di aras G bersebelahan Klinik Perubatan 1 di Lobi Utama, HCTM. Lokasinya yang terletak berhampiran Klinik-Klinik Pakar adalah amat strategik dan memudahkan urusan pertanyaan serta tunjuk arah oleh pelawat / pesakit HCTM.

 

Kaunter Perkhidmatan Pinjaman Kerusi Roda

wheelchairPerkhidmatan kerusi roda ini disediakan untuk kegunaan pelanggan / pesakit yang mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di HCTM sahaja. Kaunter ini terletak di antara Lobi Utama dan Lobi Pelawat. Berikut adalah Polisi Penggunaan Perkhidmatan Kerusi Roda Di HCTM.

  1. Kerusi roda hanya dibenarkan untuk kegunaan di dalam kawasan HCTM. Pelanggan/pesakit tidak dibenarkan untuk membawa pulang atau keluar kerusi roda dari kawasan HCTM.
  2. Pelanggan/pesakit perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri pada petugas kaunter untuk meminjam kerusi roda. Kerusi roda akan diserahkan kepada pelanggan/pesakit setelah petugas kaunter merekodkan maklumat diri pelanggan/pesakit di dalam rekod pinjaman kerusi roda.
  3. Waris atau penjaga yang mengiringi pelanggan/pesakit perlu bertanggungjawab ke atas pelanggan/pesakit sekiranya berlaku kemalangan semasa menggunakan kerusi roda.
  4. Pelanggan/pesakit yang datang tanpa ditemani oleh waris atau penjaga akan dibantu oleh kakitangan (Kaunter Penerangan Lobi Pelawat) HCTM untuk dibawa ke klinik pakar/wad dan Pusat Jagaan Harian.
  5. Pelanggan/pesakit dikehendaki memulangkan kerusi roda ke Kaunter Pinjaman Kerusi Roda sebelum jam 4.30petang.  Sekiranya pelanggan/pesakit tidak dapat memulangkan sebelum jam 4.30petang,  minta maklumkan kepada kepada kakitangan Kaunter Pinjaman Kerusi Roda dengan kadar segara di talian 03-9145 8300.

Unit Pengganti

Terdiri daripada kakitangan kontrak/tetap sebagai pengganti disetiap kaunter pendaftaran di kaunter informasi, klinik-klinik pakar dan jabatan kecemasan. Selain menjalankan tugas hakiki di Pejabat Am.

Unit Telefonis

  1. Unit Telefonis Jabatan Khidmat Pelanggan terletak di Tingkat 1, Blok Klinikal HCTM.
  2. Objektif kualiti Unit Telefonis adalah memastikan semua perkhidmatan melalui telefonis dibuat dengan cekap, tepat dan mesra dengan peranan utamanya adalah mengendalikan dan menyambungkan semua panggilan yang diterima bagi semua panggilan rasmi PPUKM.

Unit Pentadbiran

  1. Unit Pentadbiran Jabatan Khidmat Pelanggan terletak di Tingkat 3, Blok Klinikal HCTM.
  2. Unit ini berperanan dalam menguruskan Elaun Perjalanan, Elaun Kerja Lebih Masa dan tuntutan pelbagai daripada kakitangan Jabatan.
  3. Mengiringi Pesakit Kenamaan mendapatkan rawatan di HCTM.
  4. Menguruskan Permohonan Perubahan Slot Temujanji C-HETS (Perlaksanaan/ Tindakan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan)
  5. Urusan SAHABAT HCTM PPUKM merangkumi Permohonan Bantuan Pesakit (Perlaksanaan/ Tindakan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan)
  6. Semakan Borang Sara Ubat sebelum diserahkan kepada Pejabat Pengarah (Perlaksanaan/ Tindakan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan)
  7. Penjadualan kakitangan untuk tujuan gantian bagi kakitangan Jabatan di Kaunter Pendaftaran Klinik yang bercuti (rehat, sakit) serta berkursus (Perlaksanaan/ Tindakan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan)