AKTIVITI-AKTIVITI JKP 2018

 

MAJLIS MAKAN MALAM JKP (DINNER ALOHA JKP)

TARIKH : 12/01/2018

MASA : 8 MLM – 11 MLM

LOKASI : GELERI BLOK PENDIDIKAN

 

  

  

  

Majlis Makan Malam JKP (Dinner Aloha), yang bertemakan Hawaii telah berlangsung dengan meriahnya. Alhamdulillah masjlis telah berjalan dengan cukup warna warni dan penuh gelak tawa para hadirin.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan termasuk acara Limbo rock untuk dewasa dan Musical chair untuk kanak-kanak. Tahniah kepada En.Zaidi (Unit Telefonis) di atas kemenangan acara Limbo rock dan Adik Aisyah Sofia (anak kepada Pn.Zarina – unit telefonis) yang memenangi acara musical chair.

Tahniah juga kepada En.Amin (unit infomasi) dan Pn. Nur Izzah (klinik pakar) dia atas penganugerahan King & Queen Of The Night. Begitu juga kepada Pn Nor Haida sekeluarga kerana memenangi Keluarga Paling Hawaiian pada malam itu.

 

AKTIVITI – AKTIVITI JKP 2017

 

SAMBUTAN HARI RAYA 2017

TARIKH : 28/7/2017

MASA : 12 PG – 3 PTG

LOKASI : PEJABAT AM JABATAN KHIDMAT PELANGGAN

IMG-20170728-WA0015.jpg EDIT

 

Alhamdulillah. JKP berjaya meneruskan Majlis Hari Raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Majlis yang mengumpulkan kakitangan-kakitangan JKP dalam mengeratkan silaturahim lebih ukuwah dan kekal terjalin.

Majlis yang bertemakan Kampung Style berjalan dengan meriah sekali. Terima kasih di atas kerjasama AJK yang bertugas dalam menjayakannya. Terima kasih juga di atas sumbangan tenaga setiap kakitangan yang sama-sama menjayakan tema raya tahun ini dengan mendekorasi booth hidangan makanan mengikut unit masing-masing. Unit Kaunter Infomasi telah memenangi kaunter dekorasi paling menyerlah. Syabas diucapkan!

Moga Majlis seperti ini akan dapat dijalankan dan mendapat kerjasama dari semua pihak kelak.

 

SESI INTENSIF PENGURUSAN FAIL PESAKIT DI KLINIK-KLINIK

TARIKH : 25/5/2017

MASA : 3 PTG – 4.30 PTG

LOKASI : KLINIK ORTHOPEDIK

MODERATOR : EN. HANAFIAH ABD SAMAT

IMG_20170525_150802 IMG_20170525_150924 IMG_20170525_152132

Antara intipati yang diperolehi dalam sesi ini adalah :

1) Setiap kakitangan harus membuat penyimpanan dan penyusunan fail-fail pesakit dengan teratur bagi memudahkan pencarian fail-fail.

– Fail boleh dislotkan mengikut displin temujanji @ mengikut aturan hujung nombor fail.

2) Kakitangan harus bijak menguruskan masa dalam membahagikan kerja-kerja penerimaan, pemulangan dan pencarian fail-fail.

3) Perlu ada hubungan/komunikasi/kerjasama yang baik dengan semua pihak iaitu dengan Jab Maklumat Pesakit (JMK), Pembantu Klinikal, Staf Nurse, Doktor, K/tgn wad/klinik dan para pesakit.

= Sekiranya kateria-kateria di atas dapat dilakukan dengan baik, maka pengurusan fail-fail pesakit boleh berjalan dengan lancar dan teratur sekaligus memudahkan kerja-kerja klinik dengan mudah.

Dengan berlangsungnya sesi ini, kakitangan yang hadir dapat menambah pengetahuan dan berkongsi maklumat dalam menguruskan fail. Sesi seperti ini akan dijalankan lagi secara berkala bagi memberi peluang kakitangan lain dalam berkongsi ilmu dan meluaskan pengetahuan dalam pengurusan fail-fal pesakit. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada En.Hanafiah kerana sudi meluangkan masa dalam perkongsian ilmu ini. Alhamdulillah.

____________________________________________________________________________________________

 SANGGAR KERJA JKP 2017 – KURSUS MEMPERKASA JALINAN WARGA JKP 2017

TARIKH : 19/05/2017-20/05/2017

LOKASI : KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE

Penaung : Pn. Foziah Hanon Ahmad

Penasihat : Pn. Siti Fairuz Mohd Saad

Pengerusi : Pn. Siti Norziah Syed Ghazali

Tim Pengerusi : Pn. Badariah Baharun

Setiausaha : Pn. Fairozie Baharim

Bendahari : En. Mohd Khairuddin Omar

AJK Penginapan : En. Muhammad Nazin

AJK Atucara & Pendaftaran : Cik Nur Syahirah Baidilleh

AJK Aktiviti : En. Muhammad Firdaus Amai Nordin

AJK Logistik : En. Muhd Amin Azuddin & En. Khairul Azha Ahmad Nazarudin

AJK Jamuan : Pn. Norasly Mohamad & Pn. Nur Umairah Patricia

 

IMG-20170520-WA0045

19/5/17 – 6petang : Lori yang dinaiki oleh para peserta untuk masuk ke perkarangan Kalumpang Resort

PhotoGrid2

19/5/17 – 8.00malam : Aktiviti malam : Sedikit taklimat Kursus yang diberikan oleh Ketua Jabatan JKP, Pn.Foziah Hanon.    Sesi perbincangan kumpulan : Penambahbaikan kerja berkualiti di Kaunter-kaunter.

PhotoGrid1

Sesi makan malam

PhotoGrid3

Selingan sambil makan malam : Sesi pertukaran hadiah para peserta.

27

19/5/17 – 11malam : Selesai aktiviti malam yang cukup santai bertemakan “Pijamas”.

28

20/5/17 – 7 pagi : Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman ringan & aerobik yang diketuai oleh Pn.Mastura.

30

Makan pagi selepas selesai senaman & aerobik.

PhotoGrid4

(a) Para peserta dari pelbagai Unit di JKP.

PhotoGrid5

(b) Para peserta dari pelbagai Unit di JKP.

PhotoGrid6

Aktiviti pagi disambung yang memfokuskan kepada kepekaan & daya saing para peserta.

hamper

20/5/17 – 12.30petang : Selesai aktiviti, penyampaian hamper kepada setiap kumpulan. Para peserta kemudiannya bersiap untuk pulang.

 

OBJEKTIF KURSUS :

i) Mengeratkan silaturahim kakitangan JKP.

ii) Memantapkan pasukan yang harmoni dan jitu.

iii) Mengenalpasti potensi kakitangan.

iv) Sebagai alternatif menangani stress.

 

Alhamdulillah, dengan kerjasama semua kakitangan yang terlibat, Kursus Sanggar Kerja JKP 2017 telah berjalan dengan lancar dan harmoni. Syabas kepada semua peserta dan semoga silaturahim sesama kakitangan akan terus berkembang dengan baik.

 

____________________________________________________________________________________________

 

  AKTIVITI 5s – Unit Borang Maklumat Pesakit (BMP)

Dibawah ini adalah Penyerahan Borang BMP dari Klinik-klinik Pakar SEBELUM 5S.

IMG-20170509-WA0004

SEBELUM – 1

IMG-20170509-WA0005

SEBELUM 2

 

Dibawah ini adalah proses kerja yang dijalankan dalam melangsungkan 5S.

5S 2 5S 3 5S 4

 

Dibawah ini adalah hasil 5S SELEPAS penambahbaikan Proses Penyerahan BMP.

5S 6 5S 7

Dengan terlaksananya 5S bagi Unit BMP ini ianya menjadikan:

1) Penyerahan BMP lebih tersusun dan kemas.

2) Penyerahan dapat direkodkan/disahkan seminggu sekali.

3) Semakan BMP lebih teratur.

4) Statistik dapat dikeluarkan dengan tepat tiap sebulan sekali dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Khidmat Pelanggan.

– Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Kakitangan JKP di Klinik-klinik pakar yang sama-sama melaksanakan perubahan yang lebih tersusun ini.

– Syabas Unit BMP.

____________________________________________________________________________________________

 

        PROGRAM FREE MARKET 2.0 & JUALAN AMAL 2017

Alhamdulillah, program kali ke-2 yang dianjurkan oleh JKP ini telah berlangsung pada 7/4/2017 (Jumaat) dari 9 pagi – 3 petang dengan meriahnya dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada kakitangan HCTM PPUKM, UKM mahupun orang awam.

Program Free Market yang bertemakan “Beri apa saja & Ambil apa saja” ini sekaligus menerapkan sikap tidak membazir (recycle) dikalangan warga yang menyumbang kepada program ini.

Program Free Market ini akan dijalankan lagi secara berkala. Semoga program seperti ini akan terus mendapat perhatian dan sambutan yang meriah di masa akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Free Market JKP di atas usaha sama dalam melancarkan program ini. Begitu juga kakitangan JKP yang sama-sama membantu dalam melangsungkan program ini dengan jayanya. Syabas.

 

FM2 FM4 FM5 FM9 FM3 FM10FM6

____________________________________________________________________________________________

 

AKTIVITI-AKTIVITI JABATAN KHIDMAT PELANGGAN 2016

Telah dijalankan:

Aktiviti 5S Jabatan

5s3

 

5s2

Akan dijalankan :

Program Free Market

Aktiviti persiapan untuk Program Free Market yang akan diadakan pada 1 April 2016 kini sedang giat berlangsung. Penglibatan dan kerjasama aktif daripada semua kakitangan JKP adalah amat dihargai.

AlrOoRVh8v_7O15usXWX_Dfkbvnkmw_-IZdjQpNZcwO6

 

 

  1. Program Hari Keluarga anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Jabatan Khidmat Pelanggan
  2. Taklimat Pengurusan Fail Pesakit
  3. Usrah Santai
  4. Seminar Pengurusan Aduan
  5. Program Wheel Chair Wash
  6. Program Pengemaskinian Slot Temujanji C-HETS (Sesi Perbincangan Bersama Jabatan Klinikal dan Klinik)