HUBUNGAN MEDIA
Menguruskan penyaluran maklumat kepada media, sama ada media cetak atau media elektronik mengenaik aktiviti-aktiviti HCTM yang bakal berlangsung kepada media untuk mendapatkan liputan yang lebih meluas.
Sebagai penghubung antara wartawan dan pakar HCTM untuk aktiviti-aktiviti seperti temubual, pengambaran dan lain-lain bagi menyalurkan maklumat berkaitan kesihatan kepada masyarakat.
Mengeluarkan kenyataan rasmi kepada pihak media atau saluran hebahan rasmi HCTM bagi perkara-perkara penting dan perlu untuk pengetahuan umum.
- Temubual Pakar / kakitangan HCTM / Pesakit
- Aktiviti Pengambaran
- Jemputan Rancangan Temubual / Bicawara
WEB DAN MEDIA SOSIAL
Menguruskan laman web dan media sosial rasmi HCTM serta laman web jabatan-jabatan di bawah HCTM dengan teknologi dan kaedah terbaru pembangunan web.
Memastikan maklumat sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU serta memastikan laman web mempunyai struktur, rekaletak dan penyampaian maklumat yang tersusun, lengkap dan mudah dicapai.
Menganjurkan bengkel latihan untuk webmaster jabatan dan klink web untuk percambahan ilmu untuk webmaster jabatan secara berterusan.
- Perihal berkaitan laman web
- Admin Media Sosial
- Artikel dan Kandungan Web dan Media Sosial
PERMOHONAN KEMASKINI INFO DAN FACEBOOK LIVE
- Maklumat yang ingin dikemaskini atau dimasukkan ke laman web HCTM, web jabatan, media sosial rasmi hendaklah dihantar melalui emel (noorlaily@ppukm.ukm.edu.my).
- Bahan dan maklumat untuk berita laman web dan media sosial akan disaring terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
- Permohonan Facebook Live adalah melalui emel Ketua Jabatan JKKKP n cc dan ke noorlaily@ppukm.ukm.edu.my.
- Webmaster jabatan boleh memohon pandangan dan khidmat nasihat mengenai laman web jabatan melalui telefon/emel atau datang ke pejabat JKKKP di Aras 1, Blok Pendidikan HCTM.
HEBAHAN DAN JEMPUTAN MEDIA
Menguruskan dan menyaring emel-emel yang diterima daripada awam terutama berkaitan dengan aduan awam, permohonan hebahan dalaman, dan permohonan aktiviti hubungan media.
Memastikan permohonan hebahan emel dalaman adalah relevan dan sesuai dihebahkan melalui emel kakitangan, lamanweb dan media sosial.
Menghantar jemputan atau kenyataan media kepada rakan media untuk tujuan hebahan dan pemakluman di akhbar.
- Hebahan emel kakitangan
- Jemputan Media
FUNGSI
- Membuat saringan emel-emel yang diterima melalui emel prohukm@ppukm.ukm.edu.my dan diedarkan mengikut portfolio yang bersesuaian.
- Permohonan hebahan memlalui emel akan disaring sebelum dihebahkan ke emel kakitangan. Emel untuk tujuan hebahan yang telah mendapat maklum balas tiada ralat sahaja akan dihebahkan dalam tempoh masa 48 jam (pada hari bekerja).
- Menghantar jemputan media untuk tujuan liputan media bagi majlis anjuran HCTM.
- Menyediakan press kit.