LATAR BELAKANG

Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP) telah dinaiktaraf daripada Unit Khidmat Pelanggan pada   01 Januari 2005.  Bermula dengan gabungan antara Unit Kualiti dan Khidmat Pelanggan dan kemudianya ditempatkan di bawah pentadbiran Jabatan Perhubungan Awam.  Jabatan Khidmat Pelanggan melaksana semua urusan/prosedur pendaftaran dan sistem temujanji pesakit di klinik-klinik pakar.

Aktiviti jabatan turut melibatkan perancangan, perlaksanaan dan penyelarasan program dan aktiviti kualiti PPUKM bersesuaian dengan objektif yang ditetapkan yang memberi impak kepada kepuasan pelanggan. Pada 1 April 2008 Unit Khidmat Pelanggan (UKP) telah dinaiktaraf sebagai Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP) bagi membangunkan perkhidmatan yang berfokuskan kepada keperluan pelanggan termasuklah dari segi proses pengurusan maklumbalas pelanggan, informasi/penerangan, penetapan temujanji serta pendaftaran pesakit di klinik-Klinik Pakar.

Perkhidmatan yang diberikan meliputi penempatan kakitangan di Kaunter Penerangan/Informasi, Klinik-klinik Pakar, Klinik Warga, Unit Telefonis dan Kaunter Pendaftaran di Jabatan Perubatan Kecemasan.