HCTM Terima Pengiktirafan Antarabangsa Stroke Rehabilitation Certification (Advanced Level) di Seoul, Korea Selatan

26 Okt 2026 2026, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakar sejarah dan terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan kesihatan negara apabila dianugerahkan pensijilan Stroke Rehabilitation Certification (Advanced Level) oleh World Stroke Organisation (WSO) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada 23 Oktober 2026 yang lepas.

Inisiatif pensijilan oleh WSO ini mengiktiraf fasiliti kesihatan yang menyampaikan perkhidmatan rehabilitasi strok berkualiti tinggi, berstruktur, berasaskan bukti saintifik serta berpusatkan pesakit. Pengiktirafan tahap Advanced Level ini membuktikan HCTM memiliki kepakaran rehabilitasi strok yang tinggi, aktif dalam penyelidikan serta menyumbang secara mendalam kepada pendidikan, latihan kepakaran dan program mentoring.

Pensijilan ini merangkumi penilaian komprehensif terhadap 55 indikator utama iaitu 9 Indikator Peringkat Perkhidmatan yang merangkumi penambahbaikan kualiti, penyelidikan, pemantauan pencapaian, pembangunan kakitangan, dokumentasi dan komunikasi bersama pesakit dan 46 Indikator Penjagaan Pesakit yang merangkumi pelaksanaan rehabilitasi berasaskan kerjasama berpasukan, penetapan sasaran rehabilitasi, pengurusan komplikasi dan sokongan penyertaan pesakit dalam komuniti.

Pengiktirafan baharu ini melengkapkan pensijilan Advanced Level WSO Stroke Care Centre yang diterima HCTM sebelum ini memberi penekanan kepada rawatan fasa akut, pensijilan rehabilitasi ini pula memastikan kesinambungan penjagaan pesakit dari fasa pesakit dalam (inpatient), pesakit luar (outpatient), sehinggalah pesakit kembali berintegrasi dalam komuniti.

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan HCTM dalam menyediakan perkhidmatan rawatan dan rehabilitasi strok yang holistik, berimpak tinggi dan bertaraf dunia demi kesejahteraan masyarakat.


Galeri Foto:

Search

+