Flea Market – Program Menjana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM

16 Mac 2022 2022, Berita
Flea Market anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) HCTM akan diadakan untuk menjana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Maklumat seperti berikut:-
 
Tarikh : 25 Mac 2022 (Jumaat)
Masa jualan : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar Auditorium, Blok Pendidikan
 
Orang awam, kakitangan HTCM dan UKM yang berminat untuk memberikan sumbangan boleh menghantar barang tersebut ke Pejabat Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) mulai 14 hingga 23 Mac 2022 (hari berkerja). Barangan yang ingin disumbangkan mesti dalam keadaan elok, boleh digunapakai, dan masih belum tamat tempoh:
 
-Elektrik
-Mainan
-Barangan Runcit
-Penjagaan/Aksesori diri
-Barangan Dapur / Makanan Kering
-Alat tulis
 
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Cik Suhaizah atau Puan Noorezleen di talian : 03-9145 6310/7880/5761/5770/5763
Kakitangan HCTM dan UKM yang membuat sumbangan dan pembelian bernilai RM25 ke atas akan mendapat e-Khidmat.

Iklan Jawatan Kosong Pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2022

3 Mac 2022 2022, Berita

Jabatan Sumber Manusia HCTM mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

1. PEGAWAI KEWANGAN W41 (TETAP / KONTRAK )

Maklumat lanjut mengenai iklan:-

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Emel : ejawatan@ppukm.ukm.edu.my

Tarikh Tutup: 17 Mac 2022

 

Pasukan HCTM menjayakan KPT Prihatin Komuniti Sejahtera di Batu Pahat

1 Mac 2022 2022, Berita

BATU PAHAT, 25 Feb 2022 – Seramai 17 orang sukarelawan UKM yang terdiri daripada pensyarah, doktor pakar, jururawat, kakitangan makmal dan pelajar pascasiswazah telah turun padang pada hari ini dalam program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) yang telah diadakan di Balairaya Pekan Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama UKM telah melibatkan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz bagi memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan percuma kepada penduduk setempat disana. Perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah pemeriksaan darah tinggi, pemeriksaan glukos dalam darah, BMI, klinik pemeriksaan ortopedik, dan pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah. Selaras dengan konsep program yang berbentuk ‘outreach’, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kesedaran dalam penjagaan kesihatan bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti penduduk Malaysia. Program yang berlangsung selama dua hari di Pekan Sri Medan dan Pekan Semerah dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan.

Syarahan Kepimpinan “Future of Healthcare in Malaysia : The Role of a Teaching Hospital”

25 Feb 2022 2022, Berita

CHERAS, 24 Feb 2022 – Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Syarahan Kepimpinan yang bertajuk “Future of Healthcare in Malaysia : The Role of a Teaching Hospital” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Omar Abd. Hamid, Timbalan Pengerusi, Hospital Pakar AVISENA pada pagi tadi di Auditorium HCTM. Program yang diadakan secara fizikal dengan tetamu jemputan terhad dan secara maya melalui HCTM TV dan Facebook HCTM.

Ucapan aluan dan biodata penceramah disampaikan oleh wakil Pengarah HCTM, YBr. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri). Beliau dalam ucapannya berkata syarahan kepimpinan ini merupakan yang pertama diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM. Beliau menegaskan era kini penuh cabaran dan tajuk syarahan yang dikongsikan pada pagi ini amat relevan dan penting untuk dihayati  oleh warga HCTM, Fakulti Perubatan dan gugusan kesihatan yang lain.

Hadir dalam syarahan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur UKM), YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah Hospital Pakar Kanak-kanak, timbalan-timbalan pengarah, timbalan timbalan dekan dan pegawai-pegawai kanan.

Jemputan menyertai Program TEMANITA 2022

16 Feb 2022 2022, Berita
Acara TEMANITA 2022 akan diadakan pada 26 Mac 2022 (Sabtu) secara atas talian melalui Zoom. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini diadakan untuk memberi maklumat dan kesedaran mengenai kanser Payudara dan kaitannya dengan Kehamilan. Pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi:

Dr. Nursuhadah Mohamed Yusof
Jabatan Surgeri
nursuhadah@ppukm.ukm.edu.my
03-9145 6224

 

Jemputan menghadiri Vascular Anastomosis Workshop (Dry Lab)

16 Feb 2022 2022, Berita

Vascular Anastomosis Workshop (Dry Lab) akan diadakan pada 23 Februari 2022 pada jam 2.00-5.00 petang di Advanced Surgical Skill Centre (ASSC) HCTM. Penyertaan terbuka kepada semua doktor bedah dan pelatih. Pertanyaan lanjut sila hubungi Dr. Teh Shunxing di 011-33560925 atau emel shanx0512@gmail.com

 

1 17 18 19 20 21 35

Search

+