Majlis Perasmian Sambutan Hari TIBI Peringkat HCTM

30 Jun 2022 2022

Cheras, 21 Jun 2022 – Majlis Perasmian Sambutan Hari TIBI Peringkat HCTM anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Unit Respiratori, Jabatan Perubatan, Jabatan Farmasi, Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan serta Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) telah diadakan secara ringkas pada pagi tadi di Lobi Utama HCTM.

Hari TIBI sedunia yang disambut pada 24 Mac setiap tahun adalah untuk memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882. Bertemakan “Invest to End TB. Save lives“, sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, sokongan semua pihak terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh dunia. Penyakit tuberkulosis atau tibi adalah penyakit berjangkit yang tersebar melalui udara dan berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan paru-paru seseorang. Tanda-tanda penyakit Tibi adalah batuk yang berpanjangan iaitu melebihi dua (2) minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah. Individu yang mempunyai gejala perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan awal di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Turut hadir dalam majlis Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri),  Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan Dr. Khamsiah Nawawi, Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merangkap Penasihat Program Hari Tibi Peringkat HCTM 2022.

Sumbangan Program Infaq Sejadah Sempena 25 Tahun HCTM

29 Jun 2022 2022, Berita 2
Sempena 25 tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Jabatan Kualiti mengalu-alukan semua warga HCTM yang berhasrat untuk menyumbang bagi Program Infaq Sejadah. Penglibatan warga HCTM akan didaftarkan dalam Sistem e-Khidmat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2022 (Rabu). Terima kasih di atas sumbangan anda.
 
Penganjur : Jabatan Kualiti HCTM
Url : https://forms.gle/EHan5toLwLPQCfHg7
 

Perasmian Minggu Kualiti HCTM

24 Jun 2022 2022, Berita

13 Jun 2022, Cheras – Bersempena Jubli Perak 25 Tahun HCTM, Minggu Kualiti HCTM telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan HCTM dengan kehadiran hampir 100 orang kakitangan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Minggu Kualiti HCTM, dan seterusnya ucapan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Beliau dalam ucapannya berbangga dengan 12 program-program kualiti yang dijalankan HCTM dan dengan adanya program seperti ini, kualiti perkhidmatan HCTM dapat ditingkatkan dan menjadikan HCTM sebagai hospital pengajar yang tersohor.
Minggu Kualiti kali ini diadakan pada skala mega dengan pelbagai inisiatif dan pendekatan. Aktiviti bermula pada hari ini dengan pameran reruai jabatan-jabatan di Lobi Utama HCTM dan Galeri, Explorace 5S yang akan dijalankan selepas majlis ini, dan pada sebelah petang pula Webinar ‘Blood Transfusion Error’ yang diadakan melalui platform Zoom.
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, diiringi oleh Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) yang merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Minggu Kualiti HCTM dan Puan Fauziah Hanom, Ketua Jabatan Kualiti. Turut hadir dalam majlis Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan Puan Wan Omi Binti Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan. Majlis penuh Perasmian Minggu Kualiti HCTM boleh ditonton semula melalui Youtube rasmi di https://www.youtube.com/watch?v=SkIOBcRNOWc

Tahniah Pemenang Anugerah Bitara dan Sanjungan Bakti

21 Jun 2022 2022, Berita

Majlis Anugerah Bitara dan Sanjungan Bakti HCTM telah diadakan pada 17 Jun 2022 yang lalu sebagai penutup tirai Minggu Hari Kualiti HCTM. Sebanyak 67 anugerah pelbagai kategori telah diberikan kepada warga dan calon yang layak. Senarai penuh nama penerima anugerah boleh rujuk pada pautan di bawah.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Bitara dan Sanjungan Bakti 2022.

Majlis Perhimpunan Kakitangan Bil 2/2022

14 Jun 2022 2022, Berita

Cheras, 10 Jun 2022 – Majlis Perhimpunan Kakitangan Bil 2/2022 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan HCTM dan secara langsung di HCTM TV dan Facebook HCTM. Majlis bermula tepat pada jam 9.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Varsiti Kita, bacaan doa dan seterusnya video aktiviti HCTM sepanjang Januari sehingga Mei 2022.

Seperti kebiasaan, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM menyampaikan ucapan dengan memberikan maklumat-maklumat terkini, perkembangan semasa dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh  HCTM.  Antara pemakluman yang menarik yang telah disampaikan ialah peralihan fasa Endemik pada 1 April 2022 yang lalu, kes pesakit COVID-19 dilihat menurun dan HCTM telah mengurangkan jumlah katil untuk pesakit COVID-19 kepada 20 unit sahaja. Dato’ Razman juga turut menyentuh tentang sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM yang akan menjelang dalam tempoh 2 minggu. Beliau turut mengucapkan syabas kepada jabatan dan warga HCTM yang mengadakan aktiviti-aktiviti bersempena dengan sambutan Jubli Perak dan berharap sambutan seperti ini berterusan sehingga penghujung tahun.

Beberapa aktiviti-aktiviti berskala besar Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM akan dianjurkan pada masa akan datang dan yang paling hampir ialah Minggu Kualiti HCTM yang akan dijalankan pada minggu hadapan dengan pengisian menarik yang ada diadakan secara fizikal dan maya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang mendapat anugerah dan kenaikan pangkat, namun pengiktirafan yang paling membanggakan ialah Akreditasi Advanced Surgical Skills Centre pada 29 April 2022 yang lepas dan pencapaian membanggakan QS World University Ranking baru-baru ini telah melonjakkan UKM daripada kedudukan 144 ke 129. Beberapa kejayaan dan pencapaian lain juga disebut di dalam ucapan beliau. Ucapan penuh boleh ditonton di HCTM TV di https://www.youtube.com/channel/UCIWJj7W3_FoNZhvh-kN0vfg.

Selepas ucapan pengarah, program diteruskan dengan Sesi Penyerahan Dokumen Medical Staff By-Laws dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Tiktok Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM. Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil. 2/2022 menutup tirai pada jam 10.00 pagi.

 

Minggu Kualiti HCTM Sempena Jubli Perak 25 Tahun HCTM

10 Jun 2022 2022, Berita

Sempena Sambutan 25 tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Minggu Kualiti HCTM anjuran Jabatan Kualiti adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Jun 2022 hingga 17 Jun 2022
Masa : 8.00 pagi – 3.30 petang
Tempat : Sekitar HCTM

Semua warga HCTM dan UKM dijemput untuk bersama-sama hadir dan memeriahkan program ini. Maklumat lanjut mengenai Majlis Perasmian Minggu Kualiti HCTM, Aktiviti Sepanjang Minggu Kualiti, dan Senarai Reruai (Booth) Jabatan boleh rujuk maklumat di bawah ATAU muat naik buku program secara atas talian dengan menggunakan Kod QR dan link yang disertakan.

BUKU PROGRAM MINGGU KUALITI HCTM 2022

 

 

Pelanjutan Tempoh Pencalonan Anugerah Bitara dan Anugerah Sanjungan Bakti HCTM Sempena Minggu Kualiti HCTM

31 Mei 2022 2022, Berita
Warga HCTM dialu-alukan untuk menyertai dan mencalonkan pencalonan Anugerah Bitara dan Anugerah Sanjungan Bakti HCTM sempena Minggu Kualiti HCTM. Tempoh penyertaan telah dilanjutkan sehingga 07 Jun 2022. Kategori dan kriteria setiap anugerah yang telah disenaraikan boleh dicapai melalui imbasan QR kod seperti di bawah. Tempoh penilaian adalah dari Januari 2021 – Disember 2021.

Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 : Cakna Diabetes

31 Mei 2022 2022, Berita

Orang awam dan warga HCTM/UKM dijemput untuk menyertai Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 akan diadakan seperti berikut:-

TAJUK : CAKNA DIABETES
TARIKH : 1 Jun 2022 (Rabu)
MASA : 2.30 – 4.00 petang

Platform : Zoom dan Facebook HCTM
Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/94192308219?pwd=OGNTOG1NRVY5ald0M2YzTHk0b3hhdz09

Meeting ID: 941 9230 8219
Passcode: 202213

Facebook HCTM: https://www.facebook.com/HCTM.UKM

MODERATOR :
KJ AZRINA MUSLIM
Ketua Jururawat, Wad 6J
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

PENCERAMAH 1 :
PUAN ROHANA JAAFAR
Eksekutif Kanan Kejururawatan/Ketua Bahagian Outpatient
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

PENCERAMAH 2 :
KJ UMAR RAZAK BIN RAZALI
Ketua Jururawat
Klinik Kaunseling Diabetes/Rakan Diabetes HCTM
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

*Mata UrusBakat (UKM sahaja) akan diberikan kepada peserta yang menyertai dari awal hingga tamat. Webinar ini disiarkan secara live-streaming di laman facebook Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM (HCTM).

1 15 16 17 18 19 35

Search

+