Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat HCTM

8 Sep 2022 2022, Berita

Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat HCTM anjuran Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan telah diadakan di Ruang Legar, Basemen Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan pada pagi. Bertemakan ‘Arthritis dan Rheumatologi’, sambutan kali ini menekankan kepentingan menjaga berat badan untuk menghindari masalah Arthritis dan Rheumatologi. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh penganjur antaranya senamrobik, pertandingan fitness challenges, pameran reruai, dan sesi ceramah kesihatan.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik. Farmasi dan Sokongan). Turut hadir dalam majlis ini YBr. Puan Zunaidah Abu Saman, Ketua Unit Fisioterapi, wakil Ketua Jabatan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, ketua-ketua jabatan dan ketua unit, serta para peserta.

 

Majlis Perasmian Program Penggunaan Invocell Serta Pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dan Majlis Menandatangani MoU Antara UKM dengan SNS MURNI SDN.BHD.

CHERAS, 18 Ogos 2022 – Majlis Perasmian Program Penggunaan Invocell Serta Pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara UKM dengan SNS MURNI SDN.BHD. telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Pusat Reproduktif Termaju (PRT) HCTM telah melancarkan perkhidmatan terbaharu iaitu penggunaan Tiub Vagina INVOcell hasil kolaborasi bersama SNS Murni Sdn. Bhd. dalam perawatan bayi tabung uji merupakan perkhidmatan terkini dan alternatif kepada rawatan IVF sedia ada. Ia merupakan perkhidmatan baharu dan pertama di Malaysia. Ketika ini proses pembentukan embrio dilakukan di dalam makmal menggunakan mesin inkubator canggih dan mahal, namun melalui kaedah INVOcell, penggunaan mesin inkubator ini dapat dikurangkan kerana tiub ini akan dimasukkan ke dalam vagina pesakit dan bertindak sebagai inkubator natural yang akan membantu pembentukan embrio secara semulajadi. Justeru itu perasaan menghasilkan bayi ‘sendiri’ dapat dirasai oleh pesakit kerana mereka akan pulang bersama tiub ini. Embrio yang terhasil secara semulajadi ini akan dimasukkan ke dalam rahim mengikut hari yang tertentu.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, wakil Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. Majlis ini turut akan dihadiri oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur), YBhg. Profesor Dato Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, dan YBhg. Dato’ Dr. Narimah Awin, Chairman Rasumi Group.

Iklan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Kenaikan Pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

  1.  JURURAWAT U42

KUMPULAN PELAKSANA

  1. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U38
  2. PENOLONG AKAUNTAN W36
  3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U32

Warga HCTM dan UKM yang berminat boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.

Tarikh Tutup Iklan : 05  September 2022
Link: IKLAN BIL 3-2022 – NAIK PANGKAT

Iklan Jawatan Kosong Pelantikan Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2022

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

 

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

  1. PEGAWAI SAINS C41 (TETAP)
  2. PEGAWAI PERUBATAN UD43 (TETAP)
  3. PEGAWAI PERUBATAN UD47 (TETAP)
  4. PEGAWAI PERUBATAN UD51 (TETAP)
  5. PEGAWAI PERUBATAN UD53 (TETAP)

 

KUMPULAN PELAKSANA

  1. JURURAWAT U29 (TETAP / KONTRAK)
  2. JURUPULIH PERUBATAN U29 (TETAP)
  3. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 (TETAP)
  4. PENOLONG AKAUNTAN W29 (KONTRAK)
  5. PEMANDU KENDERAAN H11 (TETAP)
  6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11 (TETAP)
  7. PEMBANTU OPERASI N11 (TETAP)

 

Warganegara yang berminat boleh rujuk lampiran yang disertakan di bawah.

Tutup Iklan : 5 September 2022
Link: IKLAN BIL 3-2022 – PELANTIKAN

Syarahan Kepimpinan Siri 2 ‘Effective Communication’

30 Jul 2022 2022, Berita

25 Julai 2022, CHERAS – Syarahan Kepimpinan Siri 2 Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM telah diadakan di Auditorium ASSC pada pagi tadi. Syarahan Kepimpinan kali ini telah menjemput YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh.

Syarahan beliau yang bertajuk ‘Effective Communication’ telah diterjemahkan dalam bentuk tayangan slide pembentangan, situasi kes, dan berkongsi pengalaman beliau sebagai pakar Neurologi dalam skop komunikasi. Beliau menekankan kemahiran komunikasi berkesan membantu profesion doktor dalam menangani situasi berdepan dengan pesakit terutamanya mendapatkan maklumat penyakit dengan tepat dan memberikan rawatan yang sesuai. Syarahan beliau walaupun ringkas namun padat untuk tatapan warga HCTM.

Biodata pengenalan penceramah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri). Penceramah merupakan mantan Pengarah HCTM yang ke-5 yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah dan Dekan PPUKM pada tahun 2011 sehingga 2019. Turut hadir dalam syarahan ini Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM, pegawai-pegawai kanan, dan jemputan.

Pertandingan Mencipta Logo HCTM

27 Jul 2022 2022, Berita

Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun 25 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo HCTM. Objektif pertandingan ini adalah untuk mendapatkan satu (1) logo Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang akan digunapakai sebagai identiti kepada HCTM.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Setiap rekabentuk perlu memasukkan teks HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ atau HCTM;
  3. Penerangan setiap warna dan bentuk yang digunakan di dalam rekaan logo perlu dinyatakan bersama;
  4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, walaubagaimanapun hanya satu (1) sahaja penyertaan yang akan dipilih sebagai pemenang;
  5. Rekabentuk perlu menggunakan perisian Adobe Illustrator (AI) dan dikemukakan kepada shasheela@ppukm.ukm.edu.my ;
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2022 (Isnin);
  7.  Peserta perlu melengkapkan Borang Penyertaan seperti dilampiran A;
  8. Syarat penuh pertandingan adalah seperti dilampiran B.

Orang awam dan warga HCTM dijemput untuk menyertai pertandingan ini.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Nora Shasheela Abdullah di talian sambungan 03-9145 5102 atau menerusi emel shasheela@ppukm.ukm.edu.my

Ceramah Perdana HCTM bersempena dengan 25 Tahun HCTM

16 Jul 2022 2022, Berita

CHERAS, 1 Julai 2022 – Dianggarkan seramai 200 orangan kakitangan HCTM tidak melepaskan peluang mendengar Ceramah Perdana HCTM bersempena dengan 25 Tahun HCTM yang jatuh pada hari ini, 1 Julai 2022. Program telah diadakan di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar.

Ceramah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haslim Baharim yang popular dengan panggilan Ustaz Bollywood. Persembahan Qasidah daripada Maahad Tahfiz As Salihin turut diselitkan sebagai pengisian program ini. Objektif penganjuran diadakan sebagai tanda kesyukuran penubuhan HCTM yang ke-25 dan juga program kerohanian kakitangan.

Hadir dalam ceramah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), dan En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran).

1 14 15 16 17 18 35

Search

+