Majlis Perasmian Sambutan “World Stroke Day” Peringkat HCTM 2023
CHERAS, 21 November 2023 – Majlis Perasmian Sambutan “World Stroke Day” Peringkat HCTM 2023 anjuran Unit Neurologi, Jabatan Perubatan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) mewakili Pengarah HCTM bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
“Perkhidmatan strok adalah salah satu niche atau kekuatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Pada tahun ini sehingga bulan November, hampir 500 orang pesakit strok menerima rawatan di HCTM. Seramai 48 orang pesakit telah mendapat rawatan awal iaitu thrombolysis, di mana pesakit menerima rawatan di kecemasan dalam tempoh
empat (4) jam terawal dari masa kena strok,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian World Stroke Day.
Sejak hampir dua (2) dekad lalu, perkhidmatan strok kian melonjak menerusi perkhidmatan, penyelidikan dan penerbitan. Melihat dari perspektif negara, strok adalah antara penyebab ketiga (3) utama kematian di Malaysia dan penyebab ketidakupayaan atau disability di kalangan golongan dewasa. Strok boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tidak kira pada yang tua atau muda.
Beliau turut mengucapkan syabas kepada semua pihak terutamanya Unit Neurologi dalam menjayakan program ini, seterusnya mencapai objektif yang disasarkan. Turut serta dalam majlis ini adalah YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Wan Nur Nafisah Wan Yahya, Ketua Jabatan Perubatan, YBhg. Prof. Dr. Tan Hui Jan, Ketua Unit Neurologi, Jabatan Perubatan dan warga HCTM.





































































