Iklan Jawatan Kosong Pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2022

3 Mac 2022 2022, Berita

Jabatan Sumber Manusia HCTM mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

1. PEGAWAI KEWANGAN W41 (TETAP / KONTRAK )

Maklumat lanjut mengenai iklan:-

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Emel : ejawatan@ppukm.ukm.edu.my

Tarikh Tutup: 17 Mac 2022

 

Pasukan HCTM menjayakan KPT Prihatin Komuniti Sejahtera di Batu Pahat

1 Mac 2022 2022, Berita

BATU PAHAT, 25 Feb 2022 – Seramai 17 orang sukarelawan UKM yang terdiri daripada pensyarah, doktor pakar, jururawat, kakitangan makmal dan pelajar pascasiswazah telah turun padang pada hari ini dalam program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) yang telah diadakan di Balairaya Pekan Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama UKM telah melibatkan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz bagi memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan percuma kepada penduduk setempat disana. Perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah pemeriksaan darah tinggi, pemeriksaan glukos dalam darah, BMI, klinik pemeriksaan ortopedik, dan pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah. Selaras dengan konsep program yang berbentuk ‘outreach’, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kesedaran dalam penjagaan kesihatan bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti penduduk Malaysia. Program yang berlangsung selama dua hari di Pekan Sri Medan dan Pekan Semerah dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan.

Syarahan Kepimpinan “Future of Healthcare in Malaysia : The Role of a Teaching Hospital”

25 Feb 2022 2022, Berita

CHERAS, 24 Feb 2022 – Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Syarahan Kepimpinan yang bertajuk “Future of Healthcare in Malaysia : The Role of a Teaching Hospital” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Omar Abd. Hamid, Timbalan Pengerusi, Hospital Pakar AVISENA pada pagi tadi di Auditorium HCTM. Program yang diadakan secara fizikal dengan tetamu jemputan terhad dan secara maya melalui HCTM TV dan Facebook HCTM.

Ucapan aluan dan biodata penceramah disampaikan oleh wakil Pengarah HCTM, YBr. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri). Beliau dalam ucapannya berkata syarahan kepimpinan ini merupakan yang pertama diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM. Beliau menegaskan era kini penuh cabaran dan tajuk syarahan yang dikongsikan pada pagi ini amat relevan dan penting untuk dihayati  oleh warga HCTM, Fakulti Perubatan dan gugusan kesihatan yang lain.

Hadir dalam syarahan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur UKM), YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah Hospital Pakar Kanak-kanak, timbalan-timbalan pengarah, timbalan timbalan dekan dan pegawai-pegawai kanan.

Jemputan menyertai Program TEMANITA 2022

16 Feb 2022 2022, Berita
Acara TEMANITA 2022 akan diadakan pada 26 Mac 2022 (Sabtu) secara atas talian melalui Zoom. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini diadakan untuk memberi maklumat dan kesedaran mengenai kanser Payudara dan kaitannya dengan Kehamilan. Pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi:

Dr. Nursuhadah Mohamed Yusof
Jabatan Surgeri
nursuhadah@ppukm.ukm.edu.my
03-9145 6224

 

Jemputan menghadiri Vascular Anastomosis Workshop (Dry Lab)

16 Feb 2022 2022, Berita

Vascular Anastomosis Workshop (Dry Lab) akan diadakan pada 23 Februari 2022 pada jam 2.00-5.00 petang di Advanced Surgical Skill Centre (ASSC) HCTM. Penyertaan terbuka kepada semua doktor bedah dan pelatih. Pertanyaan lanjut sila hubungi Dr. Teh Shunxing di 011-33560925 atau emel shanx0512@gmail.com

 

Majlis Pelancaran Ambang Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM

28 Jan 2022 2022, Berita

CHERAS, 25 Januari 2022 – Majlis Pelancaran Ambang Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM telah disambut pada Selasa lalu secara sederhana tetapi amat bermakna buat semua warga HCTM. Majlis diadakan secara hibrid dan disiarkan secara langsung melalui HCTM TV dan Facebook HCTM. Majlis ini ditelah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur.

Di dalam ucapannya beliau menzahirkan ucapan tahniah di atas sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM dan tahun 2022 merupakan tahun yang amat bermakna dan bersejarah. 25 tahun bukanlah masa yang singkat, banyak kenangan manis, pahit dan pengajaran yang telah dapat diperolehi untuk lebih maju di masa hadapan. Beliau turut menyebut tentang sambutan yang ke-50 untuk Fakulti Perubatan UKM, Jubli Emas pada bulan Mei 2022. Di samping itu pengumuman nama baru bagi Hospital Kanak-Kanak UKM yang dijangka akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM pada bulan Mac 2022.

Turut hadir di majlis ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, YM Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali, Dekan Fakulti Perubatan UKM, dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah Hospital Pakar Kanak-kanak UKM. Sementara itu, Pengarah HCTM YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin menerusi ucapannya berkata tahun 2022 merupakan tahun permulaan yang baik setelah mengharungi cabaran dan dugaan mendepani COVID-19. Beliau menyeru semua warga agar terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan dan bersama-sama dan menjayakan aktiviti sambutan 25 Tahun HCTM yang dijangkakan berlangsung sehingga 30 Jun 2023.

Di dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang mencipta logo 25 HCTM yang telah dimenangi oleh Encik Massril Mohammad Nasir dari Jabatan Multimedia & Penyiaran. Majlis diakhiri dengan tayangan video dan pelancaran HCTM Ke Arah Akreditasi serta acara simbolik penyerahan pelitup muka oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan) kepada para tetamu kehormat.

 

 

Sumbangan Peralatan Perubatan Bernilai RM281,525 daripada Zurich Malaysia

21 Jan 2022 2022, Jaringan

Cheras 20 Januari 2022 – Zurich Malaysia hari ini telah menyumbangkan 17 unit peralatan perubatan kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM untuk meningkatkan keupayaan hospital dalam menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan yang terbaik khususnya kepada  masyarakat setempat dan rakyat Malaysia.

Sumbangan peralatan berupa 6 buah katil pesakit berhidraulik, 5 buah katil pesakit biasa, 5 buah Air Purifier, dan sebuah Multi-Purpose Diagnostic Ultrasound System (High End) yang kesemuanya bernilai RM281,525 telah diberikan kepada HCTM mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sumbangan peralatan akan digunakan di Jabatan Kecemasan, Klinik & Wad, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Jabatan Radiologi. Pihak Zurich juga turut memberikan sumbangan makanan sebanyak 500 bungkus kepada kakitangan barisan hadapan di sini.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM amat menghargai usaha Zurich Malaysia dalam usaha dan inisiatif mereka, lebih-lebih lagi pada awal tahun baharu ini yang pastinya sumbangan itu menjadi lebih bermakna. Turut hadir adalah Junior Cho (Country Head of Zurich Malaysia) dan Teresa Wong (Chief Risk Officer & ZCW 2021 Committee Member).

Majlis Pelancaran Ambang Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM

20 Jan 2022 2022, Berita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg.Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Adalah dimaklumkan Majlis Pelancaran Ambang Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM akan diadakan pada 25 Januari 2022 , jam 11.30 pagi  secara langsung melalui HCTM TV dan Facebook HCTM. Warga HCTM dijemput untuk menyaksikan pelancaran.

HCTM TV : https://tinyurl.com/youtubehctmtv

Facebook HCTM : https://www.facebook.com/HCTM.UKM

Sebarang  pertanyaan,  boleh  berhubung  dengan Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan di talian 03-9145 9370 / 5058.

1 4 5 6 7

Search

+