Charity Walk: 10,000 Steps Virtual Walkathon 2022

19 Jan 2022 2022, Berita
Program Charity Walk: 10,000 Steps Virtual Walkathon 2022anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan HCTM akan diadakan bermula 8 Februari 2022 hingga 27 Februari 2022.  Warga HCTM dan orang awam dijemput untuk menyertai Charity Walk ini dengan membuat pendaftaran melalui googleform. Yuran hanya RM 20 sahaja dan semua kutipan akan dimasukkan dalam Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Peserta akan diberikan e-Sijil dan e-Khidmat (untuk kakitangan sahaja).
Tarikh Pendaftaran : 17 Januari 2022-4 Februari 2022
Mula Charity Walk: 8 Februari 2022-27 Februari 2022
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9145 6310 (Cik Suhaizah) /03- 9145 5770( Puan Halimatus Sa’adiah)
atau emel ke cwjksp2022@gmail.com

 

 

Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi? – Program Saringan Pap Smear

19 Jan 2022 2022, Berita

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks, Jabatan Obstetrik & Ginekologi menganjurkan Program Saringan Pap Smear sepanjang bulan Januari dan Februari. Program ini terbuka kepada semua kakitangan HCTM dan FPER UKM serta para pelajar. Semua kakitangan dan pelajar wanita HCTM dan Fakulti Perubatan dialu-alukan untuk menyertai program saringan ini. Penglibatan kakitangan akan direkodkan dalam Sistem UrusBakat. Maklumat lanjut, sila rujuk poster yang disertakan.

Tahniah penerima darjah kebesaran Negeri Sembilan

19 Jan 2022 2022

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah darjah kebesaran Negeri Sembilan bersempena Hari Keputeraan Ke-74, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan telah diadakan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pada 14 Januari 2022 yang lalu.

 

 

Perkhidmatan Kaunseling untuk Kakitangan HCTM dan HPKK

19 Jan 2022 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sumber Manusia HCTM dan Perkhidmatan Sumber Manusia HPKK menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk semua kakitangan secara sukarela/rujukan dengan kaedah:

* Bersemuka atau atas talian
* Individu atau kelompok (2-5 orang)

Waktu perkhidmatan 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Sila Imbas Kod QR untuk temujanji atau layari: https://tinyurl.com/kaunselingHCTMHPKK

 

Maklumat lanjut, sila hubungi:

HCTM
Nor Azwa Binti Ahmad
03-91455168

HPKK
Hairul Liana Binti Din
03-91748661

 

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

21 Dis 2021 2021, Berita

Hulu Langat, 20 Disember 2021 – Sebanyak 3 unit pancuan 4 roda digunakan bagi menyampaikan bantuan makanan kepada warga HCTM yang terjejas, sekaligus membuat tinjauan ke atas kerosakan dan keperluan lain yang diperlukan oleh mangsa. Pasukan HCTM telah melawat beberapa rumah kakitangan HCTM yang terjejas di Sri Nanding dan Sungai Lui. Pasukan diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Encik Mursidi Ahamad Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan ketua serta wakil-wakil jabatan.

Bersimpati dengan musibah yang menimpa, bantuan kewangan kepada kakitangan yang terkesan dalam bencana ini akan diberikan melalui Tabung Ehsan Warga Kampus Kuala Lumpur UKM. Warga HCTM yang terkesan dengan bencana banjir ini diminta untuk memberikan maklumat seperti nama, no.pekerja, alamat rumah, dan no.telefon kepada Jabatan Sumber Manusia HCTM melalui emel kjsm@ppukm.ukm.edu.my atau suhaidah@ppukm.ukm.edu.my.

Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) PDRM-HCTM 2021

21 Dis 2021 2021, Berita

Bukit Aman, 19 Disember 2021 – Seramai 62 orang kanak-kanak telah menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) PDRM-HCTM 2021 pada hari ini. Program anjuran Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara kedua belah pihak serta menerapkan nilai-nilai murni dan permuafakatan dengan masyarakat setempat serta orang ramai.

Program telah dirasmikan oleh YDH. Tan Sri Acryl Sani Bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Acara dimulakan dengan aktiviti semburan air pancut, dan seterusnya acara berkhatan. Turut hadir dalam program ini, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Datuk Seri Hj. Mazlan Bin Lazim, Timbalan Ketua Polis Negara, Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi Jabatan Surgeri, Datuk Wira Mat Kasim Bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Encik Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar Ronald Mcdonald House Charities (RMHC) Malaysia, pegawai-pegawai kanan PDRM dan petugas kesihatan HCTM.

Saluran Bantuan Mangsa Banjir (Kakitangan HCTM yang terkesan)

20 Dis 2021 2021, Berita

Orang ramai dan warga HCTM/UKM yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada kakitangan HCTM yang terkesan akibat bencana banjir boleh menghulurkan sumbangan melalui Tabung Ehsan Warga Kampus Kuala Lumpur UKM.

Maklumat akaun tabung:
HOSPITAL UKM
CIMB 8000 7426 34
Ref: Banjir 21

Barangan keperluan juga dialu-alukan. Pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami seperti pada maklumat di poster.

Kakitangan HCTM yang terjejas akibat bencana banjir (rumah dinaiki air) dipohon untuk memberikan nama, alamat rumah, dan no.telefon ke alamat emel kjsm@ppukm.ukm.edu.my ATAU suhaidah@ppukm.ukm.edu.my

 

Tahniah Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan

29 Nov 2021 2021
Pengurusan dan seluruh warga HCTM dan UKM mengucapkan tahniah atas pelantikan diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM mulai 1 Disember 2021 hingga 30 November 2024.
1 22 23 24 25 26 41

Search

+