Tahniah Pemenang Anugerah Bitara dan Sanjungan Bakti
Majlis Anugerah Bitara dan Sanjungan Bakti HCTM telah diadakan pada 17 Jun 2022 yang lalu sebagai penutup tirai Minggu Hari Kualiti HCTM. Sebanyak 67 anugerah pelbagai kategori telah diberikan kepada warga dan calon yang layak. Senarai penuh nama penerima anugerah boleh rujuk pada pautan di bawah.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Bitara dan Sanjungan Bakti 2022.

Majlis Perhimpunan Kakitangan Bil 2/2022
Cheras, 10 Jun 2022 – Majlis Perhimpunan Kakitangan Bil 2/2022 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan HCTM dan secara langsung di HCTM TV dan Facebook HCTM. Majlis bermula tepat pada jam 9.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Varsiti Kita, bacaan doa dan seterusnya video aktiviti HCTM sepanjang Januari sehingga Mei 2022.
Seperti kebiasaan, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM menyampaikan ucapan dengan memberikan maklumat-maklumat terkini, perkembangan semasa dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh HCTM. Antara pemakluman yang menarik yang telah disampaikan ialah peralihan fasa Endemik pada 1 April 2022 yang lalu, kes pesakit COVID-19 dilihat menurun dan HCTM telah mengurangkan jumlah katil untuk pesakit COVID-19 kepada 20 unit sahaja. Dato’ Razman juga turut menyentuh tentang sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM yang akan menjelang dalam tempoh 2 minggu. Beliau turut mengucapkan syabas kepada jabatan dan warga HCTM yang mengadakan aktiviti-aktiviti bersempena dengan sambutan Jubli Perak dan berharap sambutan seperti ini berterusan sehingga penghujung tahun.
Beberapa aktiviti-aktiviti berskala besar Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM akan dianjurkan pada masa akan datang dan yang paling hampir ialah Minggu Kualiti HCTM yang akan dijalankan pada minggu hadapan dengan pengisian menarik yang ada diadakan secara fizikal dan maya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang mendapat anugerah dan kenaikan pangkat, namun pengiktirafan yang paling membanggakan ialah Akreditasi Advanced Surgical Skills Centre pada 29 April 2022 yang lepas dan pencapaian membanggakan QS World University Ranking baru-baru ini telah melonjakkan UKM daripada kedudukan 144 ke 129. Beberapa kejayaan dan pencapaian lain juga disebut di dalam ucapan beliau. Ucapan penuh boleh ditonton di HCTM TV di https://www.youtube.com/channel/UCIWJj7W3_FoNZhvh-kN0vfg.
Selepas ucapan pengarah, program diteruskan dengan Sesi Penyerahan Dokumen Medical Staff By-Laws dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Tiktok Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM. Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil. 2/2022 menutup tirai pada jam 10.00 pagi.
Minggu Kualiti HCTM Sempena Jubli Perak 25 Tahun HCTM

Sempena Sambutan 25 tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Minggu Kualiti HCTM anjuran Jabatan Kualiti adalah seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 13 Jun 2022 hingga 17 Jun 2022
Masa : 8.00 pagi – 3.30 petang
Tempat : Sekitar HCTM
Semua warga HCTM dan UKM dijemput untuk bersama-sama hadir dan memeriahkan program ini. Maklumat lanjut mengenai Majlis Perasmian Minggu Kualiti HCTM, Aktiviti Sepanjang Minggu Kualiti, dan Senarai Reruai (Booth) Jabatan boleh rujuk maklumat di bawah ATAU muat naik buku program secara atas talian dengan menggunakan Kod QR dan link yang disertakan.
BUKU PROGRAM MINGGU KUALITI HCTM 2022





Pelanjutan Tempoh Pencalonan Anugerah Bitara dan Anugerah Sanjungan Bakti HCTM Sempena Minggu Kualiti HCTM
Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 : Cakna Diabetes
Orang awam dan warga HCTM/UKM dijemput untuk menyertai Webinar Kemasyarakat Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Siri 3/2022 akan diadakan seperti berikut:-
TAJUK : CAKNA DIABETES
TARIKH : 1 Jun 2022 (Rabu)
MASA : 2.30 – 4.00 petang
Platform : Zoom dan Facebook HCTM
Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/94192308219?pwd=OGNTOG1NRVY5ald0M2YzTHk0b3hhdz09
Meeting ID: 941 9230 8219
Passcode: 202213
Facebook HCTM: https://www.facebook.com/HCTM.UKM
MODERATOR :
KJ AZRINA MUSLIM
Ketua Jururawat, Wad 6J
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
PENCERAMAH 1 :
PUAN ROHANA JAAFAR
Eksekutif Kanan Kejururawatan/Ketua Bahagian Outpatient
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
PENCERAMAH 2 :
KJ UMAR RAZAK BIN RAZALI
Ketua Jururawat
Klinik Kaunseling Diabetes/Rakan Diabetes HCTM
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
*Mata UrusBakat (UKM sahaja) akan diberikan kepada peserta yang menyertai dari awal hingga tamat. Webinar ini disiarkan secara live-streaming di laman facebook Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM (HCTM).
Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Prof. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria
Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Prof. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria, Mantan Pengarah Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK) yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443H.

Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM
Cheras, 17 Februari 2022 – Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM anjuran Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan telah diadakan di Auditorium HCTM pada petang tadi. Bertemakan ‘Nurses: A Voice To Lead – Invest In Nursing And Respect Rights To Secure Global Health‘, prefesion jururawat merupakan nadi dan tulang belakang sesuatu institusi kesihatan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM.
Berucap dalam majlis, Dato’ Dr. Hanafiah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
jururawat yang berkorban masa dan tenaga untuk menyelamatkan nyawa pesakit semasa pandemik Covid-19 serta menjayakan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Program KRIS KPT. Sambutan Hari Jururawat Sedunia pada hari ini melibatkan jemputan luar dalam sesi forum iaitu wakil dari Cuepacs, dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan wakil dari Kesatuan Jururawat Malaysia dalam membincangkan berkaitan kebajikan, halatuju dan cabaran kerjaya jururawat kini dan masa depan.
Terdahulu berlangsung Seminar Jururawat Anggun & Unggul pada hari yang sama dengan beberapa penceramah jemputan seperti Prof. Madya Dr. Rohani Arshad, Prof. Adjung Universiti MAHSA, Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil, Pensyarah Universiti & Penyelaras Kreativiti Jabatan Seni Bina dan Alam Bina UKM, Puan Norasyikin Binti Johan, Pegawai Dietatik Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan, dan Puan Sabariah Shariff, Eksekutif Mary Kay untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada para peserta yang hadir.
























