Deskripsi Program
Program Pos Basik Perawatan Intensif HCTM (PBPI) adalah program sepenuh masa selama 6 bulan yang ditawarkan oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Ia telah mendapat kelulusan daripada Senat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pada 16 Oktober 2019 dan telah mendapat perakuan akreditasi sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Struktur kurikulum program ini dipandu oleh Standard Criteria dan Garis Panduan Lembaga Jururawat Malaysia. Program Pos Basik Perawatan Intensif HCTM (PBPI) ini mempunyai 20 jam kredit yang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Pada Sesi 1 para pelajar akan didedahkan dengan Basic Medical Science, Behavioural Science dan Sains Kejururawatan yang berkaitan dengan penyakit kritikal dan kaedah jagarawatan pesakit kritikal. Pada Sesi 2 para pelajar akan didedahkan dengan Sains Kejururawatan mengenai perawatan intensif dan pengurusan jagarawatan pesakit yang memerlukan life support, nutrisi, dan rehabilitasi. Pada setiap sesi para pelajar juga dikehendaki untuk melengkapkan tempoh klinikal selama 6 minggu (sesi 1) dan 6 minggu (sesi 2) di mana para pelajar akan menjalani latihan klinikal sepenuhnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Butiran Program
Sesi 1
PBPI 6112
Fundamental Aspect in Medical Sciences
Kursus Fundamental Aspect in Medical Sciences ini memberi pendedahan pengetahuan kepada pelajar berkaitan dengan anatomi dan fisiologi, farmakologi dan kawalan jangkitan. Pengetahuan dan kemahiran kognitif ini dapat meningkatkan kebolehan pelajar di dalam pengurusan dan perawatan pesakit di unit rawatan rapi secara cemerlang.
PBPI 6122
Psychological and Ethical Aspect of Intensive Care
Kursus Psychological And Ethical Aspect of Intensive Care ini memperkenalkan kepada pelajar konsep organisasi dalam unit rawatan rapi, teknik komunikasi, memberi sokongan emosi serta keselesaan kepada pesakit dan ahli keluarga yang dirawat di unit rawatan rapi dengan menggunakan prinsip etika yang betul, berkesan serta mengikut piawaian standard yang telah ditetapkan mengikut amalan yang terkini.
PBPI 6133
Intensive Care Nursing Sciences 1
Pelajar akan didedahkan dengan pengkhususan berkaitan dengan perawatan dan penjagaan sains kejururawatan perawatan rapi. Kursus ini juga akan meningkatan pengetahuan, kemahiran kognitif, kompetensi, critical thinking, decision making, dan autonomi didalam penjagaan dan tindakan yang harus diambil dalam memberikan perawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah mengikut standard piawaian amalan yang terkini.
PBPI 6143
Clinical Practice 1
Pelajar akan menjalani penempatan klinikal diwad GICU, CCU. CICU dan Jabatan Kecemasan untuk mempraktikkan pengetahuan, kognitif skill dan sikap (attitude) yang dipelajari dalam sesi satu dalam menangani pesakit yang mempunyai masalah respiratori, kardiovaskular dan neurologi dengan pemantauan hemodinamik, pengurusan kesakitan, komponen farmakologi dan kaunseling. Pelajar juga akan dapat membentuk sikap yang baik melalui komunikasi dan penjagaan yang holistik kepada pesakit.
Sesi 2
PBPI 6213
Intensive Care Nursing Sciences 2
Pelajar akan didedahkan dengan pengkhususan berkaitan dengan perawatan dan penjagaan sains kejururawatan perawatan rapi. Kursus ini juga akan meningkatan pengetahuan, kemahiran kognitif, kompetensi, critical thinking, decision making, dan autonomi didalam penjagaan dan tindakan yang harus diambil dalam memberikan perawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah mengikut standard piawaian amalan yang terkini.
PBPI6224
Intensive Care Nursing Management
Kursus ini memberi penekanaan kepada pelajar berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran kognitif, kompetensi, kemahiran berfikir secara kritis dan holistik serta bijak membuat keputusan semasa pengurusan jagarawatan pesakit yang memerlukan life support, nutrisi, dan rehabilitasi. Pengkhususan Intensive Care Nursing Management ini juga akan mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepentingan intensif care bundle, proses pemindahan pesakit serta pendidikan kepada pesakit dan keluarga mengikut standard piawaian amalan terkini serta mematuhi etika, profesionalisma dan medikal legal.
PBPI 6243
Clinical Practice 2
Pelajar akan diberi pendedahan dengan menjalani penempatan klinikal diwad GICU, PICU dan Pusat Rawatan Kebakaran untuk mempraktikkan pengetahuan, kognitif skill dan sikap (attitude) yang dipelajari dalam sesi dua dalam pengurusan pesakit yang mempunyai masalah di rawatan rapi melalui komunikasi dan penjagaan yang holistik kepada pesakit dengan mengamalkan mengikut standard piawaian amalan yang terkini serta mematuhi etika, profesionalisma dan medikal legal.
- 03-9145 4895/ 4898
- unitposbasik@gmail.com
- Unit Pos Basik, Tingkat 4, Blok Pendidikan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi hingga 5 petang (Sabtu dan Ahad tutup)







