Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kes Kecederaan Tajam Ke Klinik Kesihatan Pekerjaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya
11 Februari 2026 – Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP),HCTM telah menjalankan satu lawatan penanda aras ke Klinik Kesihatan Pekerjaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat, pendedahan serta amalan terbaik berkaitan pengurusan dan pengurangan kes kecederaan tajam dalam persekitaran hospital.
Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Leyana Syamimi Razali, Pegawai Perubatan UKKP dan turut hadir mengiringi adalah para kakitangan UKKP. Taklimat terperinci berkaitan pengurusan kes kecederaan tajam telah disampaikan oleh Dr. Venna Magarita A/P Richard Santhanan, Pegawai Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Doctor, OHD), Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPUM.
Semoga jalinan kerjasama di antara HCTM dan PPUM akan berterusan di masa-masa akan datang.























