Sumbangan Peralatan Perubatan Bernilai RM281,525 daripada Zurich Malaysia
Cheras 20 Januari 2022 – Zurich Malaysia hari ini telah menyumbangkan 17 unit peralatan perubatan kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM untuk meningkatkan keupayaan hospital dalam menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan yang terbaik khususnya kepada masyarakat setempat dan rakyat Malaysia.
Sumbangan peralatan berupa 6 buah katil pesakit berhidraulik, 5 buah katil pesakit biasa, 5 buah Air Purifier, dan sebuah Multi-Purpose Diagnostic Ultrasound System (High End) yang kesemuanya bernilai RM281,525 telah diberikan kepada HCTM mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sumbangan peralatan akan digunakan di Jabatan Kecemasan, Klinik & Wad, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Jabatan Radiologi. Pihak Zurich juga turut memberikan sumbangan makanan sebanyak 500 bungkus kepada kakitangan barisan hadapan di sini.
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM amat menghargai usaha Zurich Malaysia dalam usaha dan inisiatif mereka, lebih-lebih lagi pada awal tahun baharu ini yang pastinya sumbangan itu menjadi lebih bermakna. Turut hadir adalah Junior Cho (Country Head of Zurich Malaysia) dan Teresa Wong (Chief Risk Officer & ZCW 2021 Committee Member).





