Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) PDRM-HCTM 2021

21 Dis 2021 2021, Berita

Bukit Aman, 19 Disember 2021 – Seramai 62 orang kanak-kanak telah menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) PDRM-HCTM 2021 pada hari ini. Program anjuran Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara kedua belah pihak serta menerapkan nilai-nilai murni dan permuafakatan dengan masyarakat setempat serta orang ramai.

Program telah dirasmikan oleh YDH. Tan Sri Acryl Sani Bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Acara dimulakan dengan aktiviti semburan air pancut, dan seterusnya acara berkhatan. Turut hadir dalam program ini, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Datuk Seri Hj. Mazlan Bin Lazim, Timbalan Ketua Polis Negara, Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi Jabatan Surgeri, Datuk Wira Mat Kasim Bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Encik Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar Ronald Mcdonald House Charities (RMHC) Malaysia, pegawai-pegawai kanan PDRM dan petugas kesihatan HCTM.

Search

+