Audit Tahunan Klinik Primer HCTM Bagi Tahun 2025

24 Apr 2026

Audit Tahunan Klinik Primer HCTM bagi tahun 2025 telah berlangsung pada 1 hingga 2 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Klinik Primer HCTM. Program ini merupakan acara tahunan yang memberi penekanan kepada pembentangan pencapaian audit klinikal bagi semua unit dan klinik khas.

Audit ini diketuai oleh Dr. Rahmah Kamaludin selaku Penyelaras Klinik Primer. Pada tahun ini, pendekatan baru diperkenalkan dengan pelaksanaan secara hibrid, iaitu gabungan dalam talian dan bersemuka, bagi memberi peluang penyertaan lebih meluas kepada kakitangan.

Pembentangan melibatkan pencapaian serta inisiatif penambahbaikan sepanjang tahun 2025, merangkumi pelbagai unit termasuk pendaftaran, makmal, bilik prosedur, fisioterapi dan klinik-klinik khas. Ia bertujuan menilai semula prestasi serta pencapaian KPI yang telah ditetapkan, di samping membuka ruang perbincangan untuk penambahbaikan berterusan dan perancangan masa hadapan.

Program selama dua hari ini diakhiri dengan sesi rumusan oleh Penyelaras Klinik Primer, sebagai panduan hala tuju bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Klinik Primer HCTM.


Search

+