Program Ramadan Bermakna 2026
Bulan Ramadan bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan dan malam LailatulQadar yang dijanjikan amalan pada malamnya ibarat bersamaan dengan beribadah selama 1000 bulan.
Maka tidak dilupakan , seperti tahun – tahun sebelum ini, kita adakan beberapa majlis bagi memeriahkan suasana Ramadan
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN SATU/2026 BERTEMAKAN SAMBUTAN RAMADAN
Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan Satu/2026 yang dijalankan pada 6 Februari 2026 bertemakan Arabic serta diselitkan tips Ramadan sebagai penanda kemeriahan Ramadan yang bakal menjelang. Kuiz Ramadan diberikan semasa majlis mendekatkan rasa terhadap Ramadhan.
PROGRAM BERKONGSI REZEKI PRELOVED SALE
Program Preloved Sale dilaksanakan selama 2 minggu di Klinik Primer HCTM , dengan menawarkan pilihan pakaian terpakai yang masih cantik digunakan untuk dibeli dengan harga sekitar RM1 sehingga RM15 sehelai. Program yang diadakan saban tahun ini sentiasa mendapat sambutan kerana dapat berkongsi rezeki bersama yang kurang berkemampuan dengan harga mampu milik.
PROGRAM MALAM NUZUL AL-QURAN
Seterusnya, Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih telah dijalankan pada 6 Mac 26 , bersamaan malam ke-17 Ramadan, bertempat di Klinik Primer HCTM . Aturcara majlis diserikan dengan bacaan zikir tazkirah sebelum Iftar dan solat Terawih telah diketuai oleh tetamu jemputan kita iaitu Encik Hasrizal Bin Hasan (Pegawai Hal Ehwal Islam Kampus Kuala Lumpur). Majlis berlangsung dengan penuh kesyukuran dan lancar dari awal hingga ke akhir majlis. Kanak-kanak juga menjadi penyeri dalam majlis ini. Sudut khas untuk mewarna dan aktiviti kecil kanak-kanak telah disediakan khas bagi menggalakkan kehadiran kanak-kanak untuk mereka mengenal erti Ramadan.
PROGRAM MEMASAK JUADAH BERBUKA PUASA
Penutup Ramadan tidak lengkap tanpa kita berkongsi rezeki di bulan Ramadan . Program Memasak Juadah Berbuka dilaksanakan bersama kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga dan Klinik Primer HCTM berlangsung pada 13 Mac 2026 di Klinik Primer HCTM. Nasi briyani kari kambing menjadi juadah utama dan dikongsikan bersama kakitangan di HCTM . Jumlah makanan yang disediakan mencecah lebih kurang 300 bungkus. Dengan usahasama kakitangan dapat kita panjangkan rezeki bersama orang-orang yang tersayang.
Semestinya , harapan kami di Klinik Primer HCTM dan Jabatan Perubatan Keluarga agar dapat diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadan lagi pada tahun hadapan.










