PENGENALAN

Program Berhenti Merokok di Klinik Primer PPUKM Cheras ini adalah usaha kerjasama di antara Jabatan Perubatan Keluarga dan Jabatan Farmasi PPUKM. Program ini menawarkan rawatan secara komprehensif yang meliputi rawatan farmakoterapi dan terapi kaunseling tingkah laku secara berkumpulan dan individu selama 6 bulan. Program ini telah ditubuhkan sejak tahun 2010.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memberikan perkhidmatan berhenti merokok kepada pesakit-pesakit di Klinik Primer PPUKM Cheras, kaum keluarga mereka dan perokok-perokok di dalam komuniti.
  • Membantu perokok untuk membuat tabiat merokok melalui terapi kaunseling tingkah laku.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan kempen berhenti merokok.
  • Membentuk kumpulan sokongan di kalangan bekas perokok (‘patient support group’) bagi membantu perokok-perokok yang sedang berusaha untuk berhenti merokok.
  • Menyediakan latihan rawatan berhenti merokok untuk pelajar-pelajar pascasiswazah dan staf sokongan.

 

AKTIVITI-AKTIVITI

1) Menggalakkan doktor-doktor di Klinik Primer PPUKM Cheras untuk memberi kaunseling berhenti merokok kepada pesakit-pesakit yang mereka rawati melalui kaeadah 5A dan 5R.

2) Menggalakkan doktor-doktor merujuk perokok-perokok yang ingin berhenti merokok ke Klinik Berhenti Merokok (KBM).

3) Mengadakan ‘Taklimat Berhenti Merokok’ kepada perokok-perokok yang ingin berhenti merokok tetapi masih tidak bersedia bagi:

  • Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya merokok, faedah berhenti merokok dan cara untuk berhenti merokok.
  • Menggalakkan mereka untuk menetapkan hari berhenti merokok (‘Quit Date’)
  • Memberikan nasihat mengenai langkah-langkah persediaan diri untuk berhenti merokok.
  • Memberikan motivasi bagi meningkatkan semangat mereka untuk berhenti merokok
  • Memaklumkan mengenai Program Berhenti Merokok.
  • Memberikan tarikh temujanji Klinik Berhenti Merokok bagi mereka yang ingin berhenti merokok.

4) Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok bagi:

a) menyediakan kaunseling berhenti merokok secara berkumpulan dan individu.

b) memberikan rawatan farmakoterapi dan terapi tingkahlaku untuk berhenti merokok.

5) Memberikan sokongan berhenti merokok secara berterusan.

6) Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan kempen berhenti merokok.

 

WAKTU OPERASI

Klinik Berhenti Merokok (KBM)  : Setiap Selasa, 2.00-5.00 petang

Taklimat Berhenti Merokok        : Dua kali setahun; Khamis 2.00-5.00 petang