PENGENALAN

Klinik Pakar Pelawat Nefrologi ini telah ditubuhkan dengan usaha sama Klinik Primer HCTM dan Klinik Nefrologi HCTM untuk memberikan perawatan yang komprehensif kepada pesakit di kesihatan primer mendapatkan rawatan bersama pakar pelawat nefrologi.

Klinik ini dapat mengurangkan tempoh menunggu pesakit untuk dilihat oleh pakar nefrologi terutamanya bagi kes-kes kegagalan fungsi buah pinggang yang mungkin memerlukan rawatan dialysis dengan kadar segera dan memastikan pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang adalah stabil dan menerima rawatan yang selayaknya.

Klinik ini dikendalikan oleh seorang Pakar Pelawat Nefrologi yang akan hadir di Klinik Primer pada
hari Rabu, satu atau dua kali sebulan secara bergilir , pakar perubatan keluarga , pegawai perubatan , jururawat terlatih dan penolong perawatan kesihatan.

 

OBJEKTIF

  • Memberi penjagaan berterusan kepada pesakit yang menghidapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Memastikan pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang mendapatkan rawatan yang berdasarkan garis Pandean yang terbaru dan mempraktikkan evidence – based medicine untuk pesakit.
  • Sebagai perkhidmatan perantara di antara hospital dan perkhidmatan kesihatan primer bagi mengelakkan keciciran rawatan untuk pesakit yang mempunyai masalah buah pingang.
  • Memberikan kaunselling diet terutamanya low protein diet kepada pesakit masalah buah pinggang yang akan diberikan oleh jururawat terlatih .
  • Sebagai pusat latihan kepada pascasiswazah dan pegawai perubatan di Klinik Primer HCTM.

 

WAKTU OPERASI

Setiap hari Rabu (minggu pertama atau kedua) , sekali sebulan pada jam 8.00 pagi – 1.00 tengah hari