VISI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan primer dan memberi sokongan kepada keperluan akademik serta penyelidikan dalam disiplin Perubatan Keluarga.

MISI

Kami bertekad memberikan perkhidmatan kesihatan primer komprehensif yang berteraskan perubatan berasaskan bukti, disokong oleh kakitangan yang berkelayakan, kompeten serta penggunaan peralatan perubatan terkini yang kos efektif demi kesejahteraan masyarakat

MATLAMAT

Jabatan Perubatan Keluarga beriltizam memberi layanan terbaik terhadap pesakit dan menyediakan perkhidmatan rawatan bermutu tinggi, selamat serta menyeluruh selaras dengan piagam pelanggan hospital iaitu memberi perkhidmatan yang selamat berkualiti dan berintegriti.

 

OBJEKTIF

Objektif Am

Menjadi sebuah jabatan terkehadapan dalam memberikan perkhidmatan klinikal, latihan, dan penyelidikan dalam disiplin Perubatan Keluarga.

Objektif Khusus

  1. Menyediakan perkhidmatan perubatan keluarga berasaskan perubatan berasaskan bukti kepada komuniti setempat.
  2. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang optima untuk latihan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah dari bidang perubatan dan sains kesihatan.
  3. Menyediakan prasarana penyelidikan yang kondusif dalam bidang kesihatan primer.

Kemas kini: 28/8/2026