PENGENALAN
Klinik Pakar Pelawat Kardiologi ditubuhkan melalui kerjasama antara Klinik Primer HCTM dan Unit Kardiologi HCTM bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan yang komprehensif dan berterusan kepada pesakit yang menghidap kegagalan jantung (heart failure) di peringkat kesihatan primer.
Klinik ini berperanan sebagai perkhidmatan perantara antara Unit Kardiologi HCTM dan Klinik Primer HCTM, khususnya bagi pesakit heart failure yang telah stabil dan sesuai untuk downtriage bagi rawatan susulan di peringkat kesihatan primer. Senarai pesakit yang akan mendapatkan rawatan di klinik ini dikenal pasti dan dipilih oleh Pakar Kardiologi daripada wad atau Unit Kardiologi HCTM berdasarkan keadaan klinikal dan kesesuaian pesakit untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Primer.
Klinik ini dikendalikan melalui kerjasama Pakar Pelawat Kardiologi, Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan dan anggota kejururawatan. Selain memberikan perkhidmatan klinikal kepada pesakit, klinik ini turut berperanan sebagai platform pembelajaran dan latihan kepada pegawai perubatan serta pelatih pascasiswazah, khususnya dalam aspek diagnosis, penilaian klinikal, pengoptimuman rawatan dan perancangan pengurusan jangka panjang pesakit heart failure.
OBJEKTIF
- Memberikan penjagaan yang berterusan, komprehensif dan bersepadu kepada pesakit heart failure yang stabil di peringkat kesihatan primer.
- Mengoptimumkan rawatan pesakit heart failure berdasarkan Guideline-Directed Medical Therapy (GDMT) serta garis panduan terkini.
- Memastikan pesakit menerima pengoptimuman ubat-ubatan secara berperingkat berdasarkan keadaan klinikal, respons terhadap rawatan dan toleransi pesakit.
- Menjadi perkhidmatan perantara antara Unit Kardiologi HCTM dan Klinik Primer HCTM bagi memastikan kesinambungan rawatan serta mengelakkan keciciran dalam pengurusan pesakit.
- Menjadi platform latihan dan pendedahan klinikal kepada pegawai perubatan dan pegawai perubatan pascasiswazah dalam pengurusan pesakit heart failure.
- Meningkatkan kemahiran dan keyakinan pegawai perubatan serta pelatih pascasiswazah dalam pengurusan heart failure secara holistik dan berasaskan bukti.
WAKTU OPERASI
Hari Jumaat, sekali sebulan
Jam 8.00 pagi – 12.15 tengah hari