Majlis Apresiasi Kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga HCTM/UKM

7 May 2026

      Majlis Apresiasi Kakitangan Klinik Primer HCTM bersama Jabatan Perubatan Keluarga HCTM, UKM telah diadakan pada 18 April 2026, bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Restoran Rebung 2, Chef Ismail, Putrajaya. Program ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi dan sumbangan berterusan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan primer yang berkualiti kepada masyarakat.

      Majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan kakitangan pelbagai peringkat, di samping memberi ruang untuk berinteraksi dalam suasana santai di luar persekitaran kerja. Melalui pendekatan ini, diharapkan semangat kerja berpasukan dapat diperkukuhkan serta dapat meningkatkan motivasi dan kesejahteraan emosi dalam kalangan warga klinik.

      Sepanjang majlis, para hadirin berpeluang menikmati jamuan makan dalam suasana santai dan harmoni. Majlis turut diserikan dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan bersama, di samping pemberian doorgift kepada para hadirin sebagai tanda penghargaan dan ingatan daripada pihak klinik. Penganjuran majlis seperti ini mencerminkan komitmen organisasi dalam menghargai sumber manusia sebagai aset utama, serta memupuk budaya kerja yang positif, harmoni dan saling menyokong.

Search

+