Program Bubur Asyura 1446H


CHERAS, 1 Ogos 2024 – Seramai 100 orang kakitangan yang juga atlet-atlet Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan UKM 2022 dan 2023 telah menghadiri Majlis Perasmian Jamuan yang diadakan di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
Penganjuran majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet, pengurus, jurulatih, Jawatankuasa KSK, dan individu yang turut terlibat dalam Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan UKM sejak 2022 hingga 2024. Sejak tahun 2022, Gugusan Hospital Pengajar telah berjaya meraih 9 pingat emas, 4 pingat perak dan 5 pingat gangsa manakala pada tahun 2023 Gugusan Hospital Pengajar telah memenangi 12 pingat emas, 8 pingat perak dan 8 pingat gangsa. YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM dalam ucapannya berharap agar kakitangan Gugusan Hospital Pengajar dapat mengekalkan kejuaraan untuk tahun-tahun akan datang serta mewujudkan semangat juang dalam mencipta rekod baharu kejohanan.
Turut hadir, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri, Pengerusi Kelab Sukan Kakitangan PPUKM dan Kontinjen Gugusan Hospital Pengajar.





Tahniah YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi, dan Sokongan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz mulai berkuatkuasa hari ini 9 Julai 2024.

Tahniah YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz mulai hari ini (1 Julai 2024).

CHERAS, 19 Jun 2024 – Program Korban dan Akikah anjuran Surau Ibnu Sina, Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah dilaksanakan pada 10 Zulhijah 1445H selepas selesai Solat Sunat Aidiladha. Hampir 200 orang kakitangan yang hadir telah bertugas sebagai sukarelawan untuk menumbangkan 10 ekor lembu dan tiga (3) ekor kambing untuk ibadah korban pada tahun ini. Program dijalankan secara gotong-royong bermula dengan melapah daging, memotong, mengagih seterusnya menyediakan juadah makan tengah hari untuk kakitangan dan hadirin yang hadir.
Program kali ini mendapat sokongan Pengurusan HCTM apabila YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM yang turut turun padang untuk bersama-sama dengan kakitangan bagi menjayakan ibadah korban. Turut hadir di dalam program ini, YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM dan warga UKM.

Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2024 bersamaan 19 Zulkaedah 1445H.
