Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Kanser Payudara (Pinktober)
Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Kanser Payudara (Pinktober) yang diadakan pada 30 September 2024 (Isnin) jam 9.00 pagi di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Program ini anjuran Jabatan Radioterapi dan Onkologi dengan kerjasama Pusat Kanser HCTM, Majlis Kanser National (MAKNA) dan Novartis Sdn. Bhd diadakan untuk memberi kesedaran sosial tentang penyakit kanser payudara di kalangan pesakit kanser, keluarga pesakit kanser, kakitangan HCTM secara khusus dan masyarakat secara amnya disamping untuk mempertingkatkan kesedaran dalam memberi sokongan kepada pesakit kanser serta memperluaskan konsep ambil tahu sesama masyarakat tentang kanser.
Berucap dalam majlis, Pengarah HCTM berkata melalui pendedahan dan pengetahuan tentang risiko-risiko yang boleh menyebabkan kanser payudara, masyarakat akan lebih cakna dan mengubah gaya hidup yang sihat seperti pemilihan makanan sihat, sentiasa bersenam dan mengekalkan berat badan yang ideal. Beberapa aktiviti yang dijalankan ialah ceramah bertajuk ‘Jangan Panik, bertindak bijak : Panduan Awal Jika terdapat ketulan’ telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Norlia Abdullah, Profesor & Pakar Perunding Bedah, Ketua Unit Surgeri Payudara & Endokrin, Jabatan Surgeri HCTM, sesi perkongsian bekas pesakit kanser, Dr. Kartini Kamalul Ariffin, pameran reruai, dan beberapa siri ceramah mengenai kanser yang diadakan pada 1 Oktober 2024.
Turut hadir dalam program ini, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Haji Fuad Ismail, Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi, YBrs. Dr. Marfu’ah Nik Eezamuddeen, Ketua Pusat Kanser merangkap Penasihat Program Minggu Kesedaran Kanser Payudara (Pinktober), Ketua-ketua jabatan dan warga HCTM serta orang awam.

Glitz and Glam – Majlis Anugerah Perkhidmatan Tahun 2024
Majlis Anugerah Perkhidmatan Tahun 2024 yang diadakan pada jam 8.30 malam di Dewan Tun Razak Bank Rakyat Convention Centre telah diadakan buat julung kalinya untuk menghargai warga HCTM yang telah menabur bakti dan berkhidmat dengan cemerlang.
Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM. Menurut beliau, penganjuran majlis anugerah ini menjadi ruang untuk meraikan warga kerja yang telah menunjukkan prestasi kerja serta pencapaian yang tinggi dan amat membanggakan sepanjang tahun 2023 dan juga kakitangan HCTM yang telah menabur bakti selama 20 tahun.
Seramai 238 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 dan 120 penerima Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun telah menghadiri majlis ini dengan busana unik dan pelbagai gaya mengikut tema Glitz and Glam. Penganugerahan dan pengiktirafan ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi, menjadi suri teladan kepada semua warga kerja HCTM dalam membentuk dan memantapkan lagi ekosistem pekerjaan yang cemerlang. Majlis turut diserikan dengan Pelancaran Kemudahan Terbaharu di HCTM serta persembahan nyanyian daripada pelajar-pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Turut hadir YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Pengurusan Tertinggi UKM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan, Ahli-ahli Pengurusan Utama HCTM, Ketua-Ketua Jabatan, dan Pegawai-Pegawai Kanan HCTM.

Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Pesakit 2024 Peringkat HCTM

Sesi Taklimat Transisi ICD-10 kepada ICD-11 HCTM

Tayangan Filem Sempena Sambutan Program Merdeka: Tanah Airku Peringkat HCTM

Tahniah – HCTM atas pensijilan sebagai Pusat Strok Lanjutan oleh Pertubuhan Stroke Sedunia (World Stroke Organization, WSO)
Tahniah kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia atas pensijilan sebagai Pusat Strok Lanjutan oleh Pertubuhan Stroke Sedunia (World Stroke Organization, WSO) pada 22 Ogos 2024. HCTM merupakan 3 hospital pertama di rantau ASEAN yang diiktiraf oleh WSO. Pensijilan ini mengiktiraf kepakaran komprehensif yang dimiliki HCTM dalam memberikan rawatan strok bertaraf dunia dan holistik.

Ceramah Motivasi: Merdekakah Pemikiran Kita?




