Program Sunathon 2025

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Sunathon kali ke-21 pada 20 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Lobi Utama Blok Klinikal, HCTM. Program ini melibatkan seramai 49 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kakitangan HCTM, Fakulti Perubatan UKM (FPER),Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (Hospital TABTAR) serta kanak-kanak di Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia. Program yang bertemakan sarkas ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Program ini telah dimulakan sejak tahun 2003 kini diteruskan sebagai satu tradisi khidmat masyarakat yang bermakna, program sebegini telah dilaksanakan juga bersama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan komuniti setempat. Antara rakan strategik yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta beberapa institusi kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Dalam pada itu, pihak pengurusan HCTM turut merakamkan penghargaan kepada RMHC Malaysia atas sokongan berterusan terhadap program anjuran HCTM, yang bukan sahaja melancarkan perjalanan program malah membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang terlibat. Antara Pusat tanggungjawab HCTM yang terlibat dalam menjayakan program kali ini ialah Pejabat Pengarah, Jabatan Kewangan, Jabatan Surgeri, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Jabatan Komunikasi Korporat, Jabatan Multimedia dan Penyiaran, Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (U4P), Bahagian Prasarana Kampus Kuala Lumpur (KKL), dan Bahagian Keselamatan KKL.

Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azlan Helmy Abd Samat, Penolong Dekan (Keusahawanan) wakil Dekan FPER, YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi dan Sokongan Klinikal) wakil Pengarah Hospital TABTAR, YBhg. Lt. Kol. (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Jabatan Surgeri, YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, YBrs. Encik Mohd Nasri Mohd Nordin Pengurus Besar Persatuan Kebajikan RMCH Malaysia, pegawai-pegawai kanan, para ibu bapa dan anak-anak yang diraikan.


Galeri Gambar : https://www.facebook.com/share/p/1DSLgbE3cw/

Majlis Perasmian Sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun Program Implan Koklea UKM

13 Dis 2025 2025, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  dengan kerjasama Fakulti Perubatan (FPER), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), serta Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (Hospital TABTAR) telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun Program Implan Koklea UKM pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Auditorium HCTM.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur (KKL). Beliau dalam ucapannya berkata lebih daripada 600 pesakit telah manfaat daripada program ini dan daripada jumlah tersebut, 85% penerima merupakan pesakit kanak-kanak. Kos implan koklea di Malaysia secara relatifnya adalah tinggi iaitu sekitar RM80 ribu bagi satu implan. Justeru, kerjasama pelbagai pihak, sama ada badan kerajaan atau NGO amat penting dalam membantu pesakit mendapatkan akses rawatan ini.

Program Implan Koklea UKM yang kini menyambut ulang tahun ke-30 telah berkembang sebagai salah satu program rujukan dunia yang bukan sahaja mengharumkan nama UKM di peringkat antarabangsa, malah telah meningkatkan kualiti hidup ratusan penerima implan daripada pelbagai peringkat umur yang mengalami masalah pendengaran dan komunikasi. 

Implan koklea berfungsi menggantikan bahagian telinga dalam yang rosak bagi memproses bunyi, memberikan peluang baharu kepada penerima untuk kembali menjalani kehidupan normal dalam semua aspek termasuk akademik, sosial dan emosi. Program ini juga turut mencipta sejarah pada Julai 2025 apabila menjadi institusi pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi implan koklea pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan FPER, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Badrul Akmal Hisham, Pengarah Perubatan Pusat Pakar UKM, YBrs. Prof. Madya Dr. Rafidah Mazlan wakil, Dekan FSK, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Surgeri), Hospital TABTAR, YBhg. Prof. Dr. Goh Bee See, Penasihat Program Sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun Program Implan Koklea UKM, YBrs. Puan Wan Fazlina Wan Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Program Sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun Program Implan Koklea UKM, Timbalan-timbalan Pengarah HCTM, pegawai-pegawai kanan UKM, dan para tetamu jemputan.

 


Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1QqTmSbcFF/

Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti Hospital Canselor Tuanku Muhriz

13 Dis 2025 2025, Berita

Sambutan Hari Integriti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 10 Disember 2025 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat di Auditorium HCTM. Program ini merupakan penganjuran julung kali oleh HCTM.

Hari Integriti disambut pada 5 November setiap tahun, manakala Hari Anti Rasuah pula pada 5 Disember. Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha meningkatkan kesedaran mengenai integriti dan anti rasuah dalam kalangan warga HCTM. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Ikrar Integriti Malaysia, Ceramah Integriti bertajuk “Di Sana Menanti Di Sini Menunggu” yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Shamsinor Abdul Azzis, Pensyarah Kanan Universiti Malaya merangkap Penceramah Jemputan, Pertandingan Kuiz, serta Pertandingan Mencipta Pantun sempena sambutan tersebut.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, menegaskan bahawa integriti boleh diterjemahkan sebagai melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat (“Doing the right thing, even when no one is watching”). Beliau turut menekankan bahawa integriti menuntut keberanian untuk berkata benar walaupun berdepan cabaran, bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat, serta komited memperbaiki proses kerja demi kebaikan bersama.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Integriti, YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, pegawai-pegawai kanan UKM serta warga HCTM.


Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/165jtDygqM/

Majlis Graduasi Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2025

13 Dis 2025 2025, Berita

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah meraikan seramai 24 orang anak-anak TASKA bagi penerimaan sijil penghargaan di Majlis Graduasi TASKA Sesi 2025 pada 3 Disember 2025 (Rabu) bertempat di Auditorium, Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC), HCTM. 

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Rohaya Ismail, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan TASKA dan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Pengarah HCTM dalam ucapannya berharap agar majlis graduasi ini dapat menyuntik semangat baharu kepada semua graduan kecil, selain menjadi simbol sokongan dan penghargaan kepada mereka. Beliau turut berpesan kepada para ibu bapa agar sentiasa membuat pemantauan berkala terhadap anak-anak yang gemar bermain permainan gajet, kerana ia berpotensi memberikan impak negatif kepada mereka.

Majlis diserikan dengan beberapa persembahan khas kanak-kanak TASKA sebelum sesi penyampaian sijil graduasi disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Turut hadir memeriahkan majlis, YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), ketua-ketua jabatan, ibu bapa dan warga HCTM.

 

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1A5FXZFNro/

Majlis Penutup Program Komuniti Sihat Hidup Sejahtera 3.0 – “Mission Possible: Shape Up!”

4 Dis 2025 2025, Berita
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), melalui Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan telah mengadakan Majlis Penutup Program Komuniti Sihat Hidup Sejahtera 3.0 – “Mission Possible: Shape Up!” pada 26 November 2025 (Rabu) di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (IPG KIK), Cheras. Program ini merupakan sebahagian daripada siri inisiatif kesihatan komuniti yang bermula dengan program pertama pada 18 Jun 2025, diikuti program kedua pada 20 Ogos 2025 dan berakhir pada 26 November 2025. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan IPG KIK, dengan majoriti peserta adalah daripada golongan B40 telah melibatkan diri dalam menjayakan program ini.
Tujuan utama program ini adalah untuk menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang sihat tubuh badan, cerdas minda dan sejahtera emosi, selaras dengan aspirasi negara menuju masyarakat madani yang sihat dan produktif serta memperkasa masyarakat agar lebih prihatin terhadap kesihatan diri serta berupaya mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.
Majlis Penutup diserikan dengan ucapan daripada YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), mewakili Pengurusan HCTM. Dalam ucapanya, beliau berkesempatan menzahirkan penghargaan kepada YBrs. Dr. Faridah Yakob, Pengarah IPG KIK atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Ucapan tahniah turut disampaikan kepada Puan Nurul Liza Mohammad, Ketua Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan, Encik Abdul Rahman Abd Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Program dan jawatankuasa pelaksana atas sokongan dan komitmen mereka serta usaha gigih dalam menjayakan inisiatif ini.

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/1CArm1sBMK/

Majlis Perasmian Program “Fun Walk World Stroke Day” 2025

3 Dis 2025 2025, Berita

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah menganjurkan Program “Fun Walk World Stroke Day” edisi keenam. Majlis perasmian telah berlangsung pada 25 November 2025 (Selasa) di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.

Program “Fun Walk” ini merupakan inisiatif bersama Unit Neurologi, Jabatan Perubatan dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan HCTM dengan kerjasama beberapa syarikat farmaseutikal. Penganjuran program ini bertujuan memperluas pengetahuan masyarakat mengenai risiko strok, langkah pencegahan serta kepentingan rawatan awal.

HCTM juga menyediakan pelbagai perkhidmatan rehabilitasi seperti fisioterapi, terapi pertuturan dan bahasa, dietetik serta terapi cara kerja bagi membantu pesakit mencapai pemulihan optimum. Penganjuran program ini diharap dapat terus memperkukuh usaha kesedaran kesihatan di peringkat komuniti.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nur Nafisah Wan Yahya, Ketua Jabatan Perubatan, YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Asyraf Wan Zaidi, Pengerusi Jawatankuasa Program “Fun Walk World Stroke Day”, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/15omsw9Q4w/

Program Cahaya Keharmonian HCTM

3 Dis 2025 2025, Artikel
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Cahaya Keharmonian HCTM pada 25 November 2025 (Selasa) bertempat di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif terdahulu seperti Program Edaran Kurma Ramadan, Program Merendang Hari Raya Aidilfitri, dan Jamuan Makan Tahun Baru Cina (CNY) yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam memupuk semangat kebersamaan dan keharmonian di tempat kerja. Sebanyak 70 ‘goodies bag’ telah diedarkan oleh barisan Pengurusan HCTM sebagai simbol penghargaan kepada warga kerja HCTM bersempena musim perayaan Deepavali. Ahli Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1WnFq4NB9P/

 

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI RADIOLOGI SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28 Nov 2025 2025, Berita
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan (FPER), dengan kerjasama Jabatan Radiologi, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (Hospital TABTAR) serta Fakulti Sains Kesihatan (FSK), telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Radiologi Sedunia Peringkat UKM pada 28 November 2025 (Jumaat) bertempat di Auditorium HCTM.
Majlis dimulakan dengan persembahan angklung oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Shah Alam, sebagai pembukaan bagi memeriahkan suasana majlis sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Faizah Mohd Zaki, Ketua Jabatan Radiologi HCTM merangkap Pengerusi Sambutan Hari Radiologi Sedunia Peringkat UKM 2025. Perasmian kemudiannya disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, mewakili Naib Canselor UKM.
Sambutan ini diadakan bersempena memperingati penemuan sinar-X oleh Profesor Wilhelm Roentgen pada 8 November 1895. Tarikh tersebut yang kemudiannya diangkat sebagai Hari Radiologi Sedunia dan diraikan pada 8 November setiap tahun oleh warga radiologi di seluruh dunia. Penemuan tersebut dianggap titik perubahan besar dalam dunia perubatan, terutama dalam proses diagnosis dan rawatan pesakit. Di majlis ini juga turut diumumkan pemenang-pemenang Kuiz Radiologi, ‘3 Minutes Pitching’ Kategori Profesion Kesihatan Bersekutu, dan ‘Rad-X Quiz: Radiology Excellence League’ serta lawatan ke reruai-reruai pameran di Lobi Utama, HCTM.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur (KKL), YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Norazlina Mohamed, Timbalan Dekan (Prasiswazah) wakil Dekan FPER, YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi dan Sokongan Klinikal) wakil Pengarah Hospital TABTAR, YBrs. Dr. Nor Aniza Azmi, wakil Dekan FSK, penduduk-penduduk sekitar Bandar Tun Razak, warga HCTM dan pelajar-pelajar.

 

Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/17mh9rVoEt/

1 2 3 6

Search

+