Tahniah Calon yang Berjaya Mendapat Kenaikan Pangkat
Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat kenaikan pangkat secara laluan kemajuan kerjaya(LK) bagi jawatan Pegawai Perubatan Gred UD54 (LK), Pegawai Farmasi Gred UF54 (LK), calon berjaya kenaikan pangkat Pegawai Tadbir Gred N48, dan calon berjaya kenaikan pangkat Pegawai Kewangan Gred W48.
SENARAI NAMA KENAIKAN PANGKAT HCTM
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KAMPUS KUALA LUMPUR UKM
Warga Kampus Kuala Lumpur UKM dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampus Kuala Lumpur UKM pada 24 Mei 2022 (Selasa), jam 8.30 pagi di Lobi Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak UKM. Para jemputan digalakkan untuk mengenakan busana Melayu atau pakaian traditional.
IKLAN JAWATAN KOSONG PELANTIKAN DI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ 2022
Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- PEGAWAI TADBIR N41 (TETAP/KONTRAK)
- PEGAWAI SAINS C41 (KONTRAK)
- PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41 (KONTRAK)
- PEGAWAI PERUBATAN UD43 (KONTRAK)
- PEGAWAI PERUBATAN UD47 (KONTRAK)
- PEGAWAI PERUBATAN UD51 (KONTRAK)
- PEGAWAI PERUBATAN UD53 (KONTRAK)
KUMPULAN PELAKSANA
- PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA29 (TETAP)
- JURURAWAT U29 (TETAP / KONTRAK)
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 (KONTRAK)
- JURU X-RAY U29 (TETAP / KONTRAK)
- PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 (TETAP)
- PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 (TETAP)
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 (TETAP)
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19 (TETAP / KONTRAK)
- PEMBANTU AKAUNTAN W19 (TETAP)
- PEMBANTU OPERASI N11 (KONTRAK)
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 (TETAP / KONTRAK)
Warganegara yang berminat boleh rujuk lampiran yang disertakan di bawah.
Tutup Iklan : 17 Mei 2022
Link: IKLAN BIL 2-2022 – PELANTIKAN
IKLAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA
Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Kenaikan Pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti berikut:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- PEGAWAI TADBIR N48
- JURURAWAT U48
KUMPULAN PELAKSANA
- PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA36
- JURURAWAT U36
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U36
- PENOLONG PEGAWAI SAIN SC32
- JURURAWAT U32
- PEMBANTU PUSTAKAWAN S26
- PENGAWAL KESELAMATAN KP14
Warga HCTM dan UKM yang berminat boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.
Tarikh Tutup Iklan : 17 Mei 2022
Link: IKLAN BIL 2-2022 – NAIK PANGKAT
Tahniah – Prof. Dr. Nur Azurah Abd. Ghani
Tahniah Prof. Dr. Nur Azurah Abd. Ghani atas pelantikan semula sebagai Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mulai 22 Mac 2022 sehingga 21 Mac 2024.

Tahniah Encik Mohd Azli Mohd Kasirun
Tahniah kepada Encik Mohd Azli bin Mohd Kasirun atas pelantikan beliau sebagai Bendahari UKM mulai 02 Januari 2022.
Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.4/2021
CHERAS, 23 Disember 2021 – Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.4/2021 telah diadakan secara hybrid pada pagi tadi di Auditorium HCTM dan disiarkan secara langsung di YouTube HCTM TV dan Facebook HCTM. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang terakhir pada tahun 2021 dan seperti kebiasaan, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM menyampaikan ucapan beliau dengan berkongsi intipati yang penting, antaranya pelantikan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia menggantikan YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, pelantikan YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla untuk menjalankan tugas sebagai Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia, pelantikan YBsh. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM yang baharu dan pelantikan Puan Masrifah Zakaria untuk menjalankan tugas Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, HCTM.
Beliau juga turut memaklumkan HCTM akan mencecah usia 25 tahun pada tahun depan dan perancangan sambutan Jubli Perak sedang giat dijalankan. Tidak lupa juga ucapan takziah juga turut disampaikan kepada warga Kampus Kuala Lumpur khususnya warga HCTM yang terjejas akibat banjir. Difahamkan 141 orang warga Kampus Kuala Lumpur terkesan dengan musibah ini dan Bantuan Pasca Banjir Kampus Kuala Lumpur UKM telah diaktifkan dan digerakkan sejak Isnin lepas. Ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada para sukarelawan kakitangan yang membantu dalam misi bantuan pasca banjir. Bantuan kewangan daripada Tabung Ehsan Warga akan digunakan untuk meringankan beban kakitangan yang terkesan.
Perkembangan prestasi pengurusan turut dibentangkan dalam perhimpunan ini agar warga HCTM sentiasa cakna dan peka akan perkembangan prasarana yang sedang dijalankan dan akan dijalankan. Antara projek yang diusahakan ialah projek penggantian infrastruktur usang, projek penggantian peralatan perubatan, projek naik taraf jabatan perubatan, dan projek penggantian peralatan perubatan usang Dewan Bedah, Dewan Bersalin & Radiologi. Selesai berucap dalam majlis, acara diteruskan dengan penyempurnaan pelancaran Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan yang pertama, selaras dengan keperluan MSQH. Majlis perhimpunan menutup tirai pada jam 10.00 pagi selepas sesi bergambar.
IKLAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA
Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Kenaikan Pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti berikut:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
1. PUSTAKAWAN S52
2. PEGAWAI KEWANGAN W48
3. JURURAWAT U42
KUMPULAN PELAKSANA
4. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U38
5. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U36
6. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA JA36
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N26
8. PEMBANTU KESELAMATAN KP22
9. PEMBANTU AKAUNTAN W22
10. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U14
Warga HCTM dan UKM yang berminat boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.
Tarikh Tutup Iklan : 05 Januari 2022
Muat Turun: IKLAN KENAIKAN PANGKAT
IKLAN JAWATAN KOSONG PELANTIKAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ TAHUN 2021
Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
1. PEGAWAI PERGIGIAN UG41 (TETAP)
KUMPULAN PELAKSANA
2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA29 (KONTRAK)
3. JURURAWAT U29 (TETAP & KONTRAK)
4. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 (TETAP & KONTRAK)
5. PENOLONG AKAUNTAN W29 (TETAP)
6. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 (TETAP & KONTRAK)
Warganegara yang berminat boleh rujuk lampiran yang disertakan di bawah.
Tutup Iklan : 05 Januari 2022
Muat Turun: IKLAN JAWATAN KOSONG





























