Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul
Hulu Langat, 20 Disember 2021 – Sebanyak 3 unit pancuan 4 roda digunakan bagi menyampaikan bantuan makanan kepada warga HCTM yang terjejas, sekaligus membuat tinjauan ke atas kerosakan dan keperluan lain yang diperlukan oleh mangsa. Pasukan HCTM telah melawat beberapa rumah kakitangan HCTM yang terjejas di Sri Nanding dan Sungai Lui. Pasukan diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Encik Mursidi Ahamad Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan ketua serta wakil-wakil jabatan.
Bersimpati dengan musibah yang menimpa, bantuan kewangan kepada kakitangan yang terkesan dalam bencana ini akan diberikan melalui Tabung Ehsan Warga Kampus Kuala Lumpur UKM. Warga HCTM yang terkesan dengan bencana banjir ini diminta untuk memberikan maklumat seperti nama, no.pekerja, alamat rumah, dan no.telefon kepada Jabatan Sumber Manusia HCTM melalui emel kjsm@ppukm.ukm.edu.my atau suhaidah@ppukm.ukm.edu.my.






