Tahniah HCTM merangkul Anugerah Emas (GOLD Award) di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2025
Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran daripada Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan merangkul Anugerah Emas (GOLD Award) dalam International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2025 yang berlangsung pada 3 hingga 6 November 2025 bertempat di Taipei International Convention Centre, Taipei, Taiwan.
Kumpulan Sinaran kali ini diketuai oleh Encik Saiful Azri Solahuddin serta dianggotai oleh lapan (8.) orang ahli yang terdiri daripada juru X-ray, jururawat, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan. Mereka telah membentangkan projek bertajuk “High Radiation Dose in Brain CT Scan.” Melalui projek tersebut, kumpulan ini telah berjaya menghasilkan alat inovasi yang dinamakan “MP Arc Shield”, yang mempunyai tiga (3) fungsi utama iaitu melindungi daripada radiasi, membantu memposisikan pesakit, dan berfungsi sebagai alat cegah gerak. Inovasi tersebut telah membawa kejayaan cemerlang kepada Kumpulan Sinaran apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas dalam konvensyen kualiti peringkat antarabangsa yang kini memasuki edisi ke-50.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran, Jabatan Radiologi, HCTM!
Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.
Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1Bfa7dKbYx/