Syarahan Kepimpinan Siri 2 ‘Effective Communication’
25 Julai 2022, CHERAS – Syarahan Kepimpinan Siri 2 Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM telah diadakan di Auditorium ASSC pada pagi tadi. Syarahan Kepimpinan kali ini telah menjemput YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh.
Syarahan beliau yang bertajuk ‘Effective Communication’ telah diterjemahkan dalam bentuk tayangan slide pembentangan, situasi kes, dan berkongsi pengalaman beliau sebagai pakar Neurologi dalam skop komunikasi. Beliau menekankan kemahiran komunikasi berkesan membantu profesion doktor dalam menangani situasi berdepan dengan pesakit terutamanya mendapatkan maklumat penyakit dengan tepat dan memberikan rawatan yang sesuai. Syarahan beliau walaupun ringkas namun padat untuk tatapan warga HCTM.
Biodata pengenalan penceramah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri). Penceramah merupakan mantan Pengarah HCTM yang ke-5 yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah dan Dekan PPUKM pada tahun 2011 sehingga 2019. Turut hadir dalam syarahan ini Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM, pegawai-pegawai kanan, dan jemputan.










