Syarahan Kepimpinan “Future of Healthcare in Malaysia : The Role of a Teaching Hospital”

25 Feb 2022 2022, Berita

CHERAS, 24 Feb 2022 – Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Syarahan Kepimpinan yang bertajuk “Future of Healthcare in Malaysia : The Role of a Teaching Hospital” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Omar Abd. Hamid, Timbalan Pengerusi, Hospital Pakar AVISENA pada pagi tadi di Auditorium HCTM. Program yang diadakan secara fizikal dengan tetamu jemputan terhad dan secara maya melalui HCTM TV dan Facebook HCTM.

Ucapan aluan dan biodata penceramah disampaikan oleh wakil Pengarah HCTM, YBr. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri). Beliau dalam ucapannya berkata syarahan kepimpinan ini merupakan yang pertama diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM. Beliau menegaskan era kini penuh cabaran dan tajuk syarahan yang dikongsikan pada pagi ini amat relevan dan penting untuk dihayati  oleh warga HCTM, Fakulti Perubatan dan gugusan kesihatan yang lain.

Hadir dalam syarahan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur UKM), YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah Hospital Pakar Kanak-kanak, timbalan-timbalan pengarah, timbalan timbalan dekan dan pegawai-pegawai kanan.

Search

+