Pengenalan e-MASS (electronic Medical Automation Supply System) dikendalikan oleh Oratis Services SB. Sebelum e-MASS, pesara perlu membeli ubatan dan kemudian membuat tuntutan bayaran balik kepada JPA. Dengan e-MASS:
- pesara boleh mendapatkan ubatan tanpa pembayaran dari Kedai Farmasi ATAU
- Mendapat bekalan ubat atau alatan perubatan melalui rangkaian farmasi runcit yang berdaftar di bawah Oratis tanpa pembayaran.
Siapa yang layak? PESARA:
- Perkhidmatan Awam Persekutuan
- Ahli Parlimen
- Setiausaha Politik Persekutuan
- Hakim Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan
- Badan Berkanun: BERNAS, KTM, TELEKOM, UDA, POS
- Termasuk tanggungan yang berdaftar.
Dokumen yang diperlukan
- Preskripsi asal HUKM yang sah + 1 salinan
- Borang Perubatan 1/09 yang lengkap.
- Salinan Kad pengenalan pesakit / kad pesara
Contoh Borang Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (B 1/09)
