Piagam Pelanggan
- Komited dalam memberikan perkhidmatan yang prihatin, mesra, selesa, adil dan cekap.
- Kerahsiaan pelanggan sentiasa diutamakan dalam memberikan perkhidmatan kecuali perkara yang melibatkan kepentingan awam.
- Memberikan perkhidmatan terapi sokongan dan konsultasi bagi membolehkan pelanggan yang memerlukannya berupaya membuat pilihan bersesuaian dengan keperluan mereka.
- Pelanggan yang memenuhi kriteria permohonan bantuan akan dirujuk kepada sumber bantuan dalam tempoh 2 minggu setelah memperolehi maklumat dan dokumen yang lengkap.
- Melaksanakan dan mengekalkan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap.