Perkhidmatan penilaian psikosoial/sosioekonomi

  • Mengenalpasti dan membantu pesakit yang layak mendapatkan kemudahan sumber bantuan.
  • Mengenalpasti kesesuaian/keperluan sokongan emosi dan memberikan bantuan apabila pesakit/keluarga memerlukan bantuan.
  • Penilaian sosioekonomi bagi kes-kes yang telah disaring awal oleh Unit Hasil dan Taksiran bagi pertimbangan pengurangan/pengecualian caj rawatan oleh pihak pengurusan.

 

Perkhidmatan bantuan praktikal

  • Rujukan kepada pelbagai sumber bantuan bagi pembiayaan kos rawatan/peralatan/ubat-ubatan.
  • Mengesan waris pesakit sebelum discaj hospital.
  • Membantu proses keluar/masuk penginapan Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan dan Ronald McDonald House HCTM.
  • Membantu mendapat perlindungan bagi berkaitan perundangan seperti kes keganasan rumah tangga.
  • Membantu mendapatkan penempatan bagi pesakit terdampar.
  • Membantu keperluan kecemasan pesakit semasa rawatan.
  • Rujukan kepada sumber bantuan bagi pesakit yang menghadapi masalah sarahidup atau kekurangan keperluan asas untuk hidup.

Perkhidmatan terapi sokongan emosi dan konsultasi

  • Kes keganasan rumahtangga.
  • Kes ibu tanpa nikah.
  • Kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
  • Kes penyakit kronik yang bermasalah sosial.
  • Kes rogol/liwat
  • Kes-kes kurangupaya.
  • Kes-kes keperluan informasi sumber dalam komuniti.