Ronald McDonal House Charities (RMHC ) Malaysia juga dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia telah ditubuhkan pada 15 Februari 1990. Misi RMHC ialah membantu kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik dalam tiga kategori iaitu Kesihatan, Pendidikan, dan Kebajikan.

  1. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.
  2.  McDonald’s Malaysia menediakan tabung derma di semua restorannya untuk memudankan orang ramal menderma.
  3. McDonald’s Malaysia membiayai kos pengurusan dan pentadbiran RMHC untuk membolehkan keseluruhan dan yang disumbang disalurkan 100% kepada kanak-kanak yang memerlukan.
  4. McDonald’s Malaysia juga menganjurkan program kutipan dana dari syarikat-syarikat korporat dan orang ramai menerusi kempen khas.
  5. Kakitangan McDonald’s turut menjadi sukarelawan untuk membantu kempen-kempen yang dianjurkan oleh RMHC Malaysia.

RMHC Mempunyai 4 Program Utama:

  1. Rumah Ronald McDonald – Memastikan Famili Sentiasa Bersama. Program in menyediakan kemudahan penginapan dalam hospital  kepada keluarga pesakit pediatrik.
  2. Bilik Sensori – Membantu Perkembangan Kanak-Kanak Melalui Rangsangan Deria. Program sumbangan peralatan sensor di sekolah dan pusat pendidikan
    khas untuk perkembangan kanak-kanak istimewa.
  3. Program Gift of Smile – Hadiahkan Mereka Kesempurnaan Senyuman. Program tajaan penuh pembedahan pembetulan bagi kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit.
  4. Kembali Ke Sekolah – Kembali Ke Sekolah Dengan Semangat Baru. Meringankan beban keluarga dengan bantuan berbentuk beg, set lengkap pakaian seragam dan kasut sekolah.

Di HCTM, RMHC ada menyediakan kemudahan Rumah Ronald McDonald (RMH) dengan tujuan menyediakan kemudahan penginapan berkelangkapan penuh kepada ahli keluarga pesakit pediatrik sepanjang masa anak-anak mereka menerima rawatan di hospital berkenaan. RMH Pertama di Malaysia dibina di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada tahun 1999. Ia merupakan RMH pertama dibina di rantau ASEAN. Lebih 1300 keluarga telah menginap di sini.

Rumah ini untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dengan bayaran penginapan hanya RM 5.00 sehari.

Kemudahan yang disediakan:-

  • Bilik Tidur
  • Ruang Permainan
  • Bilik Dobi
  • Ruang Tamu/Istirehat
  • Dapur
  • Ruang Makan
  • Mesra Kerusi Roda

Maklumat lanjut, sila layari : https://rmhc-malaysia.my/