Garis panduan ini adalah menerangkan perkhidmatan rawatan kecemasan yang disediakan di HCTM. Perkhidmatan perubatan kecemasan adalah untuk pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan segera. Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Perubatan Kecemasan.

Perkhidmatan yang ditawarkan di Perubatan Kecemasan HCTM

  1. Kecemasan yang kritikal
  2. Kecemasan yang bukan kritikal
  3. Pra Hospital

Apa itu Triaj?

Triaj bermaksud pembahagian. Pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Kecemasan akan diklasifikasikan untuk menentukan tahap kesegeraan keadaan mereka. Keutamaan akan diberikan kepada kes yang benar-benar memerlukan bantuan kecemasan . Setiap pesakit yang datang ke Kecemasan berhak menerima penilaian di Triaj Primer dan penilaian di Triaj Sekunder atau Red Box sebelum keputusan menerima atau menolak seseorang pesakit itu dibuat. Semua pesakit di Kecemasan akan menjalani proses triaj yang dilakukan oleh pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan

Kategori triaj:-

Triaj 1

Resusitasi

Keadaan kecemasan kritikal yang mengancam nyawa atau anggota yang memerlukan rawatan segera.

Triaj 2A

Kecemasan Tidak Stabil

Keadaan kecemasan yang terhadap tanda bahaya (danger signs) (mengikut Senarai Semak Triaj Primer) serta tanda klinikal asas (vital signs) yang tidak stabil.

Triaj 2B

Kecemasan Stabil

Keadaan kecemasan terhadap tanda bahaya (danger signs) (mengikut Senarai Semak Triaj Primer) tetapi mempunyai tanda klinikal asas (vital signs) yang stabil.

Triaj 3

Rawatan Segera

Keadaan kritikal akut, tidak terdapat tanda bahaya (danger signs) (mengikut Senarai Triaj Primer), dan mempunyai tanda klinikal asas yang stabil.

Masa Menunggu , Proses dan Prosedur

Masa Menunggu Triaj Sasaran masa untuk memulakan rawatan/penilaian klinikal Sasar masa penutupan kes 10 hingga 3 minit Bergantung kepada kes

Triaj 2A – Lingkungan 10 minit Dalam masa 4 jam

Triaj 2B –  Linkungan 30 minit Dalam masa 4 jam

Triaj 3 – Linkungan 180 minit Dalam masa 4 jam