Garis panduan ini adalah menerangkan perkhidmatan rawatan kecemasan yang disediakan di HCTM, PPUKM. Perkhidmatan perubatan kecemasan adalah untuk pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan segera. Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Perubatan Kecemasan.

1. Perkhidmatan yang ditawarkan di Perubatan Kecemasan HCTM

  1. Kecemasan yang kritikal
  2. Kecemasan yang bukan kritikal
  3. Pra Hospital

2. Apa itu Triaj? Triaj bermaksud pembahagian. Mana-mana pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Jabatan ini akan di triajkan (dibahagikan) bagi menentukan taraf kesegaran keadaan mereka. Keutamaan akan diberikan kepada kes-kes yang benar-benar kecemasan. Setiap pesakit yang datang ke JPE berhak menerima penilaian di Triaj Primer dan penilaian di Triaj Sekunder atau Red Box sebelum keputusan menerima atau menolak seseorang pesakit itu dibuat. Semua pesakit di JPE akan menjalani proses triaj yang dilakukan oleh pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan Kategori triaj

  • Triaj 1 : Resusitasi Keadaan kecemasan kritikal yang mengancam nyawa atau anggota yang memerlukan rawatan segera.
  • Triaj 2A: Kecemasan Tidak Stabil Keadaan kecemasan yang terhadap tanda bahaya (danger signs) (mengikut Senarai Semak Triaj Primer) serta tanda klinikal asas (vital signs) yang tidak stabil.
  • Triaj 2B: Kecemasan Stabil Keadaan kecemasan terhadap tanda bahaya (danger signs) (mengikut Senarai Semak Triaj Primer) tetapi mempunyai tanda klinikal asas (vital signs) yang stabil.
  • Triaj 3: Rawatan Segera Keadaan kritikal akut, tidak terdapat tanda bahaya (danger signs) (mengikut Senarai Triaj Primer), dan mempunyai tanda klinikal asas yang stabil.

3. Masa Menunggu , Proses dan Prosedur Masa Menunggu Triaj Sasaran masa untuk memulakan rawatan/penilaian klinikal Sasar masa penutupan kes 10 hingga 3 minit Bergantung kepada kes 2A Di dalam lingkungan 10 minit Dalam masa 4 jam 2B Di dalam linkungan 30 minit Dalam masa 4 jam 3 Di dalam linkungan 180 minit Dalam masa 4 jam Prosedur