Program PPVB HCTM di Nibong Tebal berjalan lancar

21 Okt 2021 2021, Berita
Nibong Tebal, 18 Oktober 2021 – Seramai 566 penerima vaksin telah mendapat vaksin Covid-19 menerusi Program Pemberian Vaksin Bergerak HCTM yang diadakan di Nibong Tebal yang bermula sejak 26 September 2021 dan berakhir pada 18 Oktober 2021. Sebanyak 288 suntikan dos 1 dan 278 suntikan dos ketua telah berjaya diberikan sepanjang tempoh berkenaan. Ini menjadikan sebanyak 97% penerima vaksin di PPVB HCTM di Nibong Tebal telah menerima vaksinasi lengkap. Program ini dijalankan di Dewan …… dan juga aktiviti lawatan rumah ke rumah golongan warga emas, OKU, dan pesakit terlantar yang tidak berupaya untuk bergerak juga turut dijalankan. Turut serta dalam aktiviti lawatan ke rumah ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor KKL. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Klinik Kesihatan Sg Acheh, sukarelawan daripada Pejabat parlimen dan Adun Nibong Tebal yang terlibat dalam menyediakan kemudahan dan menjayakan program ini. Pusat Pemberian Vaksin Bergerak HCTM meneruskan ekspedisi seterusnya di  Balik Pulau, Pulau Pinang.

Search

+