Program Kasih Food Bank bantu kakitangan dan pelajar yang terkesan

27 Ogo 2021 2021, Berita

Program Kasih Food Bank yang dilancarkan pada 14 Julai 2021 yang lalu merupakan inisiatif murni kakitangan di Jabatan Kualiti untuk membantu kakitangan-kakitangan di jabatan lain dan pelajar di HCTM yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mendapatkan bekalan barang keperluan asas. Sejak inisiatif ini diperkenalkan, seramai 231 orang kakitangan dan pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini. Lokasi Kasih Food Bank yang terletak di Lobi Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar amat sesuai dan strategik kerana berhampiran dengan Kaunter Keselamatan dan jauh daripada kawasan tumpuan ramai. Kakitangan dan pelajar yang memerlukan bantuan sumbangan boleh mengambil barangan di rak yang disediakan.

Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan Ke-64 ‘Malaysia Prihatin’, program ini digerakkan dengan bantuan dan kutipan sumbangan warga HCTM dan orang. Usahasama warga HCTM telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM16,162 sejak program ini dilancarkan. Orang awam dan warga HCTM yang berminat untuk menyalurkan sumbangan melalui program ini boleh berhubung dengan urusetia program ditalian 039145 5052/ 5064/ 5068.


Search

+