Program Ceramah Ancaman Bom
CHERAS, 29 Julai 2024 – Program Ceramah Ancaman Bom di Auditorium, HCTM telah dirasmikan hari ini di Auditorium HCTM. Program anjuran Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bertujuan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada para peserta sebagai persediaan kebarangkalian sekiranya berhadapan dengan situasi ancaman bom. Berucap dalam majlis,YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM menyeru agar warga kerja sentiasa berwaspada dan mengenal pasti ancaman dan tidak mengambil tindakan sendiri.
Beliau berharap dengan perkongsian mengenai ancaman bom yang akan disampaikan oleh Inspektor Mohd Zarifi Bakar, Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, warga kerja lebih bersiapsiaga dari segi fizikal dan mental. Turut hadir, Ahli-ahli Pengurusan Kampus Kuala Lumpur dan Timbalan-timbalan Pengarah iaitu Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kod Kecemasan (Resusitasi), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) serta Ketua-ketua Jabatan dan warga UKM.


