Program Cahaya Keharmonian HCTM

3 Dis 2025 2025, Artikel
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Cahaya Keharmonian HCTM pada 25 November 2025 (Selasa) bertempat di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif terdahulu seperti Program Edaran Kurma Ramadan, Program Merendang Hari Raya Aidilfitri, dan Jamuan Makan Tahun Baru Cina (CNY) yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam memupuk semangat kebersamaan dan keharmonian di tempat kerja. Sebanyak 70 ‘goodies bag’ telah diedarkan oleh barisan Pengurusan HCTM sebagai simbol penghargaan kepada warga kerja HCTM bersempena musim perayaan Deepavali. Ahli Pengurusan HCTM yang hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1WnFq4NB9P/

 

Search

+