Program Bubur Asyura 1447H

24 Jul 2025 2025, Berita

Program Bubur Asyura 1447H anjuran Surau Ibnu Sina dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI), ‘Malaysian Nurses Association’ (MNA), Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) serta warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 22 Julai 2025 (Selasa) di Laluan keluar Taman Midah Pagar C dan Laluan Utama keluar berhampiran Pusat Reproduktif Termaju (ARC).

Program ini bermula seawal 7.30 pagi dengan menyediakan bahan memasak secara gotong-royong oleh 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga HCTM. Agihan bubur asyura ini dimulakan pada jam 4.30 petang sehingga 5.00 petang. Sebanyak 750 pek Bubur Asyura diagihkan kepada orang awam dan warga HCTM yang melalui kawasan tersebut.

Edaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, dan ahli-ahli Pengurusan HCTM yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Turut hadir dalam program ini YBrs. Encik Ahmad Zamri Noordin, Ketua Jabatan Khidmat Pelanggan merangkap Pengerusi Surau Ibnu Sina.

 

Search

+