Program Bubur Asyura 1446H

6 Ogo 2024 2024, Berita
CHERAS, 5 Ogos 2024 – Program Bubur Asyura 1446H anjuran Surau Ibnu Sina HCTM telah diadakan pada jam 4.30 petang di Kawasan Parkir E, berhampiran Taska HCTM. Edaran bubur Asyura telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, dan ahli-ahli Pengurusan HCTM yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi Dan Sokongan) HCTM, Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Hanya 400 pek bubur sahaja disediakan oleh penganjur dan pengedaran bubur ini diberikan secara drive-thru kepada kakitangan dan pelawat yang pulang menggunakan laluan ke Pintu C.  Kos penyediaan bubur asyura dianggarkan mencecah RM 4,000 dengan tenaga kerja seramai 57 orang kakitangan sukarelawan daripada Jawatankuasa Surau Ibnu Sina HCTM, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI), Malaysian Nurses Association (MNA), Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM, dan Bahagian Kenderaan. Turut hadir dalam program ini Encik Ahmad Zamri Noordin, Ketua Jabatan Khidmat Pelanggan merangkap Pengerusi Surau Ibnu Sina HCTM.

Search

+