Pertandingan Mencipta Logo HCTM
Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun 25 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo HCTM. Objektif pertandingan ini adalah untuk mendapatkan satu (1) logo Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang akan digunapakai sebagai identiti kepada HCTM.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
- Setiap rekabentuk perlu memasukkan teks HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ atau HCTM;
- Penerangan setiap warna dan bentuk yang digunakan di dalam rekaan logo perlu dinyatakan bersama;
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, walaubagaimanapun hanya satu (1) sahaja penyertaan yang akan dipilih sebagai pemenang;
- Rekabentuk perlu menggunakan perisian Adobe Illustrator (AI) dan dikemukakan kepada shasheela@ppukm.ukm.edu.my ;
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2022 (Isnin);
- Peserta perlu melengkapkan Borang Penyertaan seperti dilampiran A;
- Syarat penuh pertandingan adalah seperti dilampiran B.
Orang awam dan warga HCTM dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Nora Shasheela Abdullah di talian sambungan 03-9145 5102 atau menerusi emel shasheela@ppukm.ukm.edu.my
