PENGENALAN
Perkhidmatan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) boleh diperolehi melalui kaedah rujukan secara atas talian (on-line) daripada Pakar/Pegawai Perubatan di klinik & wad, termasuk rujukan Pegawai Pemulihan Perubatan daripada Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan dan Bahagian Hasil, Jabatan Kewangan HCTM.
JENIS PERKHIDMATAN
Perkhidmatan ditawarkan oleh JKSP kepada pesakit HCTM adalah seperti berikut:
1) Penilaian kelayakan sosioekonomi untuk permohonan bantuan :
- Mengenalpasti dan membantu pesakit yang layak mendapatkan kemudahan sumber bantuan
- Mengenalpasti kesesuaian/keperluan sokongan emosi dan memberikan bantuan apabila pesakit/keluarga memerlukan bantuan.
- Penilaian sosioekonomi bagi kes-kes yang telah disaring awal oleh Unit Hasil dan Taksiran bagi pertimbangan pengurangan/pengecualian caj rawatan oleh pihak pengurusan.
2) Rujukan bantuan praktikal untuk peralatan rawatan/implan dan ubatan (Special Formulary, SF)
- Rujukan kepada pelbagai sumber bantuan bagi pembiayaan kos rawatan/peralatan/ubat-ubatan :
- Mengesan waris pesakit sebelum discaj hospital.
- Membantu proses keluar/masuk penginapan Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan dan Ronald Mc Donald House HCTM.
- Membantu mendapat perlindungan bagi berkaitan perundangan seperti kes keganasan rumah tangga.
- Membantu mendapatkan penempatan bagi pesakit terdampar.
- Membantu keperluan kecemasan pesakit semasa rawatan.
- Rujukan kepada sumber bantuan bagi pesakit yang menghadapi masalah sarahidup atau kekurangan keperluan asas untuk hidup.
3) Perkhidmatan sokongan sosial dan konsultasi :
- Kes keganasan rumahtangga
- Kes ibu tanpa nikah.
- Kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
- Kes penyakit kronik yang bermasalah sosial.
- Kes rogol/liwat
- Kes-kes kurangupaya.
- Kes-kes keperluan informasi sumber dalam komuniti. – www.sumberkomuniti.ppukm.ukm.my
4) Permohonan menduduki Rumah Perantaraan :
- Menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pesakit dan pengiring pesakit yang datang dari luar Lembah Klang dan tiada saudara mara yang tinggal berhampiran HCTM.
- Menyediakan kemudahan penginapan bagi pesakit atau pengiring pesakit yang memerlukan rawatan jangkamasa panjang
- Membantu pesakit atau pengiring yang tidak berkemampuan untuk menyewakan penginapan di sekitar HCTM.
- Menyediakan penginapan untuk pesakit yang memerlukan rawatan berterusan tetapi tidak perlu tinggal di dalam wad.
5) Pendanaan untuk Tabung Kebajikan Pesakit HCTM (TKPHCTM)
- Membantu dan memastikan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dapat menerima rawatan dan pemulihan di HCTM.
- Menyalurkan bantuan dan keperluan rawatan yang diperlukan oleh pesakit dalam kadar segera dengan tempoh kelulusan bantuan yang singkat.
- Memastikan keperluan rawatan disalurkan kepada golongan pesakit yang layak dan memerlukan melalui penilaian yang terancang.
- Maklumat lanjut sila ke halaman Tabung Kebajikan Pesakit HCTM
Untuk maklumat lanjut berkaitan TKPHCTM, sila kunjungi laman Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan melalui talian 03-91455770/8392/5759.