Perasmian Minggu Kualiti HCTM

24 Jun 2022 2022, Berita

13 Jun 2022, Cheras – Bersempena Jubli Perak 25 Tahun HCTM, Minggu Kualiti HCTM telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan HCTM dengan kehadiran hampir 100 orang kakitangan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Minggu Kualiti HCTM, dan seterusnya ucapan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Beliau dalam ucapannya berbangga dengan 12 program-program kualiti yang dijalankan HCTM dan dengan adanya program seperti ini, kualiti perkhidmatan HCTM dapat ditingkatkan dan menjadikan HCTM sebagai hospital pengajar yang tersohor.
Minggu Kualiti kali ini diadakan pada skala mega dengan pelbagai inisiatif dan pendekatan. Aktiviti bermula pada hari ini dengan pameran reruai jabatan-jabatan di Lobi Utama HCTM dan Galeri, Explorace 5S yang akan dijalankan selepas majlis ini, dan pada sebelah petang pula Webinar ‘Blood Transfusion Error’ yang diadakan melalui platform Zoom.
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, diiringi oleh Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) yang merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Minggu Kualiti HCTM dan Puan Fauziah Hanom, Ketua Jabatan Kualiti. Turut hadir dalam majlis Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), dan Puan Wan Omi Binti Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan. Majlis penuh Perasmian Minggu Kualiti HCTM boleh ditonton semula melalui Youtube rasmi di https://www.youtube.com/watch?v=SkIOBcRNOWc

Search

+