Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Peringkat HCTM 2023

22 Ogo 2023 2023, Berita 9

CHERAS, 21 Ogos 2023 – Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Peringkat HCTM 2023 dengan tema Persekitaran Kerja Yang Sihat dan Selamat adalah Hak Asasi Setiap Pekerja’ telah diadakan pada petang tadi telah disempurnakan oleh Ir. Haji Mohd Hatta Zakaria, Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Persekitaran HCTM dalam ucapannya menyatakan objektif utama penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, memupuk budaya di mana semua warga HCTM komited untuk mencegah kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan. Tambahan beliau, Jawatankuasa Keselamatan dan Persekitaran memainkan peranan penting dalam memupuk budaya keselamatan. Dedikasi jawatankuasa untuk menyemak dan mengemaskini dasar dan prosedur keselamatan agar sentiasa seiring dengan amalan terbaik dalam standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian HCTM telah berjaya memperolehi Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH selama empat (4) tahun berkuatkuasa pada 7 Februari 2023. HCTM menjadi satu-satunya Hospital Pengajar Universiti Awam yang mendapat akreditasi ini. Hasilnya, peningkatan dalam pematuhan protokol dan amalan keselamatan tempat kerja.

Risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan wujud di semua tempat kerja tidak kira sektor mana, termasuk di sektor perkhidmatan, khususnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz ini. Oleh itu, adalah penting untuk setiap tempat kerja mewujudkan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang mampan.  Ini diperkuatkan lagi dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDG)) yang telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) yang menyasarkan semua negara memenuhi 17 matlamat bermula tahun 2016 hingga 2030. Matlamat ke-3 iaitu ‘Kesihatan dan Kesejahteraan yang baik’ dan matlamat ke-8, iaitu ‘Persekitaran kerja yang baik serta pertumbuhan ekonomi’ adalah sangat berkait rapat dengan agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara ke arah membolehkan rakyat negara ini melangkah ke masa depan yang lebih makmur dan lestari inklusif. Perkara ini telah ditekankan oleh  YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta Zakaria, Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam ucapan perasmian beliau.

Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM, Ketua-ketua Jabatan, Dr. Khamsiah Nawawi, Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pegawai-pegawai kanan Agensi-agensi Kerajaan dan Warga UKM.

9 Comments

  1. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article. https://accounts.binance.info/register-person?ref=IHJUI7TF

  2. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me? https://accounts.binance.info/zh-CN/register-person?ref=WFZUU6SI

  3. Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you. https://accounts.binance.com/bg/register-person?ref=V2H9AFPY

  4. Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!

  5. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article. https://accounts.binance.info/ar-BH/register-person?ref=S5H7X3LP

  6. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

  7. Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.

  8. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.

  9. Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

Search

+