- Memberikan perkhidmatan perawatan yang berkualiti, beretika, selamat dan menyakinkan kepada para pelanggan.
- Memastikan pesakit menerima khidmat perundingan daripada doktor dalam tempoh yang ditetapkan selepas pendaftaran dibuat.
- Memastikan setiap pesakit berbayar dikenakan caj dan menerima resit bayaran.
- Menguruskan pendaftaran dan kemasukan pesakit dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan ubat-ubatan yang didispenkan kepada pesakit merupakan ubat-ubatan yang tepat berasaskan kepada preskripsi yang dibuat oleh doktor.
- Memastikan maklumat dan rekod perubatan pesakit sentiasa lengkap dan di kemaskini serta disimpan di tempat yang selamat.
- Memastikan kes-kes kecemasan dan memerlukan resusitasi diberi rawatan dengan serta-merta.
- Memastikan ujian makmal dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut prosedur yang telah ditentukan dan tepat.
- Memastikan ujian pengimejan dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan laporan pengimejan yang tepat serta meyakinkan.
- Memastikan segala urusan/aktiviti Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dilaksanakan dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini, cekap dan kos efektif.
- Memastikan segala kemudahan, peralatan dan infrastruktur yang menyokong kepada perawatan pesakit di selenggara dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memastikan kesejahteraan dan keselamatan diselaraskan oleh semua pihak serta dikawal dengan baik.
- Memastikan perkhidmatan penyajian makanan kepada pesakit sentiasa mencukupi dan dibekalkan dalam masa yang telah dijadualkan serta pendispensan makanan yang tepat.
- Memastikan perkhidmatan sokongan klinikal seperti pemulihan perubatan, kawalan infeksi, endoskopi, radioterapi & onkologi diberikan kepada pesakit yang dirujuk kepada unit berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua urusan pentadbiran seperti pentadbiran am, kualiti khidmat pelanggan, perhubungan awam dan kerja sosial perubatan mengimplementasikan tanggungjawab dan peranan dengan baik bagi menyokong pengurusan perkhidmatan rawatan kepada pesakit.
- Memastikan urusan pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan mengikut tatacara dan tempoh yang ditetapkan.
- Merancang dan mengurus perolehan hospital secara efektif dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peraturan semasa.
- Menyediakan permohonan belanjawan mengagihkan peruntukkan dan menyediakan laporan prestasi perbelanjaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Mengurus bekalan bahan pakai habis gunasama.
- Mengurus bayaran kepada pelanggan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Mengurus pembayaran dan potongan gaji dan elaun bulanan kakitangan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan pendaftaran asset dalam tempoh yang ditetapkan .
- Mengurus penerimaan hasil Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM mengikut peraturan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Menguruskan laporan aliran tunai mingguan (bank) disediakan dan disemak dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan surat tawaran dan dokumen perjanjian sewa ruang dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menyediakan penyata kewangan tahunan yang benar dan saksama dalam tempoh yang ditetapkan.