National Cataract Surgery Symposium 2019

6 Mei 2019

Oleh : Noorlaily Abdul Rahim
Foto : Noorashikin Yusof

Cheras, 26 April 2019 –National Cataract Surgery Symposium 2019 anjuran Jabatan Oftalmologi HCTM telah berjaya menarik 180 orang peserta daripada hospital awam dan swasta. Simposium yang dijalankan selama tiga hari bermula 26 April ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan informasi terkini berkenaan pembedahan katarak dan memberikan latihan secara amali bagi doktor-doktor pelatih di dalam bidang oftalmologi dalam melakukan pembedahan katarak.

Simposium ini dianjurkan setiap tahun dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Malaysian Universities Conjoint Committee of Ophthalmology (MUCCO). UKM telah terpilih sebagai tuan rumah bagi simposium pada kali ini dan antara pakar yang akan memberikan ceramah ialah Dr.Takayuki Akahoshi, pakar terkemuka dari Jepun untuk berkongsi kepakaran beliau di dalam pembedahan katarak.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau dalam ucapannya berkata tinjauan yang dijalankan oleh The National Eye Survey in Malaysia (NES II) pada tahun 2014 mendapati 8.1% daripada 15,000 subjek yang berumur 50 tahun mempunyai tahap penglihatan yang teruk. 58.6% daripada kumpulan ini mengalami kebutaan disebabkan masalah katarak yang tidak dirawat.

Beliau berharap penganjuran simposium ini dapat memberikan penyelesaian masalah dengan meningkatkan latihan kemahiran pembedahan katarak dikalangan oftalmologist dan pelatih, disamping itu meningkatkan kecekapan dan tempoh masa adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup dalam kumpulan pesakit ini.

Tahniah Prof. Dr. Mohd. Razif Mohammad Yunus, Jabatan Otorinolaringologi

24 Apr 2019

 

Tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd. Razif Mohammad Yunus, Pakar Perunding Kanan, Jabatan Otorinolaringologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM kerana telah lantik sebagai President Elect dan Organizing Chairman 7th Asian Society of Head and Neck Oncology Conference yang akan diadakan pada 3 – 5 Jun 2021 di Shangri La Hotel Kuala Lumpur.

Buat pertama kalinya Malaysia terpilih dimana lebih dari 30 negara menyertainya termasuk negara Jepun, Korea, Taiwan, Australia, New Zealand, Negara Arab dan negara Asia lain.

Persidangan ini diadakan 2 tahun sekali. Terdahulu Seoul, Korea telah dipilih menjadi tuan rumah bagi tahun 2019.

 

 

Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia Peringkat HCTM UKM 2019

19 Apr 2019

 

Oleh : Hafizah Mohamad Isa
Foto : Hafizah Mohamad Isa

Cheras, 17 April 2019 – Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HCTM UKM telah menganjurkan Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia Peringkat HCTM UKM pada hari ini di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM, UKM. Turut hadir termasuklah  Puan Suraiyah Harun, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan jaringan kerjasama antara hospital dengan pelbagai agensi bantuan dalam usaha HCTM untuk membantu kefungsian sosial pesakit dan keluarga yang memerlukannya. Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) berperanan memberikan perkhidmatan psikososial kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di HCTM, UKM. Perkhidmatan yang diberikan meliputi penilaian psikososial atau sosioekonomi, perundingan kemudahan komuniti,  intervensi krisis, dan rujukan ke sumber komuniti bagi  bantuan  praktikal.

Majlis penghargaan dan penyampaian sijil kepada para wakil NGO di sekitar Lembah Klang yang aktif dalam aktiviti kerja sosial bersama pihak HCTM turut diadakan. Pihak Ronald McDonald Children Charities (RMCC) juga telah menyampaikan sumbangan dua (2) buah kerusi roda kepada HCTM.

Majlis kali ini turut mengadakan forum bertajuk Sokongan Sosial Pesakit Dalam Penjagaan Kesihatan – Antara Peranan, Isu, Cabaran dan Harapan dan dipengerusikan oleh Prof.Dr. Sharifah Ezat Wan Putih, Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan0 Fakulti Perubatan UKM dan panel bagi forum tersebut adalah Dr. Suhaimi Mohamad (UKM), Tuan Haji Mohiadin Bahado (Wakil NGO) dan Encik Kuan Chee Heng @ Uncle Kentang (Aktivis sosial). Selain itu, banyak aktiviti yang diadakan termasuklah booth pameran turut dibuka kepada orang ramai untuk dilawati dan mendapatkan perkhidmatan.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Meraikan Para Pesara Dengan Penuh Penghargaan

19 Apr 2019

 

Oleh : Hafizah Mohamad Isa
Foto : Hafizah Mohamad Isa

Cheras, 16 April 2019 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM)  meraikan seramai 30 orang pesara iaitu 7 lelaki dan 23 perempuan dengan 18 orang bersara wajib, 10 bersara pilihan, seorang bersara atas sebab kesihatan dan seorang bersara terbitan (Allahyarham Muhd. Khairul Azhari bin Ahmad Asri – Jururawat) pada hari ini bertempat di ruang Galeri, Blok Pendidikan Kampus Kuala Lumpur UKM. Mereka adalah pesara bagi tahun 2018.

Turut hadir bersama adalah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM UKM, Timbalan-Timbalan Pengarah Kampus Kuala Lumpur, Timbalan-Timbalan Pengarah HCTM, Ketua-Ketua Jabatan HCTM dan Fakulti Perubatan UKM, Puan Nadia Nor Awal, Ketua Bahagian Sumber Manusia, KKL serta Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) yang juga Pengerusi JK Induk Majlis Jasamu Dikenang HCTM 2019.

Encik Zulkifli Ahmad, bekas Pengawal Keselamatan HCTM telah dipilih menyampaikan ucapan mewakili pesara yang diraikan. Pada tahun ini  seoran pesara orang warga HCTM telah kembali ke rahmatullah (Allahyarham Encik Mazli Johari – Pembantu Operasi) dan seorang pencen terbitan (Allahyarham Muhd. Khairul Azhari bin Ahmad Asri – Jururawat)

 Majlis pada kali ini bertemakan “Jasamu Dikenang” telah dipilih bersesuai dengan jasa dan sumbangan para pesara yang telah berkhidmat di HCTM. Mereka telah yang banyak menabur jasa dalam pelbagai bidang kerjaya masing-masing bagi merialisasikan matlamat, visi dan misi HCTM. Kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh HCTM sekarang ini adalah hasil daripada jasa dan sumbangan mereka.

Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM UKM, dalam ucapan beliau merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang telah rakan-rakan pesara berikan kepada HCTM dan berdoa agar semua rakan-rakan pesara sekalian terus diberikan kekuatan, kesihatan, rezeki dan keimanan oleh Allah SWT serta berharap hubungan erat berkekalan. Sementara itu, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM telah diberi penghormatan untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada semua pesara dan waris yang hadir.

Berita berkaitan:
 https://www.ppukm.ukm.my/bsmkkl/news/majlis-meraikan-pesara-tahun-2018/

Majlis Sumbangan Dana daripada Yayasan UEM kepada HCTM

15 Apr 2019

 

Kuala Lumpur, 12 April 2019 – UEM Group melalui Yayasan UEM telah berbesar hati meyampaikan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pesakit HCTM.  Program ini adalah satu program yang berterusan dan tahun ini adalah tahun ke 6 sumbangan diberikan kepada Tabung Kebajikan Pesakit HCTM.  Alhamdulillah pada tahun 2019 ini pihak Yayasan UEM telah meningkatkan sumbangan kepada RM500 ribu berbanding tahun sebelumnya.  Pihak Pengurusan HCTM mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan UEM atas sumbangan tersebut.  Dana yang diterima dapat dimanfaatkan bagi membantu pesakit yang berkelayakan bagi menampung kos-kos perawatan dan dengan sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga.  Semoga sumbangan ini menceriakan pesakit yang menerima rawatan.

 

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat HCTM

10 Apr 2019

Oleh : Noorlaily Abdul Rahim
Foto : Norashikin Yusof

CHERAS, 3 April 2019 – Unit Nefrologi Jabatan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz,
Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dengan kerjasama Displin Perubatan Jabatan
Perkhidmatan Kejururawatan, menganjurkan Sambutan Hari Buah Pinggang Peringkat HCTM
sempena ‘World Kidney Day’ yang disambut pada 14 Mac setiap tahun.

Penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari
hingga penyakit menjadi teruk dan buah pinggang sukar diselamatkan. Apabila buah pinggang
gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang biasa dikeluarkan tubuh melalui air kencing akan
kekal dalam darah menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah, keletihan dan lemah badan.
Apabila perkara ini berlaku, pesakit hanya mempunyai dua pilihan sahaja sama ada menjalani
rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Sambutan ini merupakan acara tahunan yang memberi tumpuan kepada kesihatan buah pinggang.
Bertemakan “Kidney Health For Everyone Everywhere”, program ini mempromosi kesedaran dan
pendidikan mengenai kesan bahaya yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang, dan gaya
hidup yang sihat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti riadah Zumba, ceramah
kesihatan, terapi batik, dan jualan gerai.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Perubatan HCTM. Turut hadir dalam majlis Profesor Madya Dr. Norlaila Mustafa,
Ketua Jabatan Perubatan, Dr. Ruslinda Mustafar Ketua Unit Nefrologi.

Lawatan Polis Kuala Lumpur Ke HCTM UKM Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-212

9 Apr 2019

Oleh : Hafizah Mohamad Isa
Foto : Noorashikin yusof

CHERAS, 27 Mac 2019 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) menerima kunjungan daripada delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Sambutan Hari Polis ke 212 pada hari ini bertempat di Sukmaria, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras.

Lawatan daripada PDRM ini telah disambut oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Puan Suraiyah Harun, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan beberapa pegawai pengurusan.

Rombongan PDRM pula, di ketuai oleh YDH. SAC. Tuan Rusdi Mohd Isa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, PDRM, para pengawai kanan PDRM dan HCTM dan Delegasi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta warga kerja PDRM IPD, Cheras Kuala Lumpur.

Program seperti ini telah diadakan setiap tahun dan memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara kakitangan HCTM dengan PDRM serta membantu pesakit yang sedang menerima rawatan di HCTM serta golongan yang kurang bernasib baik khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Pihak PDRM berpeluang melawat para pesakit serta menyumbangkan cenderamata di Wad Orthopedik HCTM UKM. Di samping itu, PDRM juga memberikan sumbangan 5 unit kerusi roda dan 5 unit tongkat kaki kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HCTM UKM (JKSP).

1 3 4 5 6 7

Search

+